Khawarij selalu kelihatan dan nampak hebat dalam ibadah. Mereka petah berpidato tentang agama dengan menggunakan nas-nas al-Quran.
Mereka mengkafirkan orang Islam yang melakukan maksiat atau dosa, juga mengkafirkan orang Islam yang menolak fahaman serta tidak mengikut kumpulan mereka.
Puak Khawarij ini mengangkat slogan: “Tidak ada hukum melainkan hukum Allah”. Slogan yang kelihatannya berteraskan al-Quran, tetapi dengan tujuan yang buruk.
Dengan menggunakan slogan al-Quran “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah maka mereka itu orang-orang yang kafir” (Surah al-Maidah, ayat 44), maka mereka melancarkan kempen mengkafirkan dan memerangi orang Islam.
Hanya dengan andaian yang tipis dan tidak kukuh, seseorang dengan dengan mudah boleh dijatuhkan dengan hukuman murtad dan kafir oleh mereka.
Kini pemikiran Khawarij meresap ke dalam berbagai kumpulan dan organisasi. Hasilnya, kita mendengar isu kafir mengkafir muncul di pelbagai zaman dan tempat di seluruh pelusuk dunia Islam.
sumber : drmaza.com
Di Malaysia isu menuduh UMNO kafir dan sesat telah lama dilakukan oleh PAS. Berikut antara contohnya :
"Kita balah dengan UMNO kerana apa? Kerana Islam. Kita baik dengan orang lain pasal apa? Pasal dia terima dasar Islam, KIta cegah sesuatu kerana apa? Kerana kita nak buat Islam...Contohnya UMNO, lagu mana UMNO sesat, pasal cari petunjuk lain. Nak jaga Melayu, tapi pi undi Hindu, contoh sesat... bila tinggal Quran." - Penceramah PAS, Bunyamin Yaakob di Ketereh, Kelantan, 22 Febuari 2001.
Orang UMNO dianggap kafir berpandukan tiga faktor:
1. Ahli-ahli UMNO telah menyokong perlembagaan Negara yang bukan merupakan perlembagaan Islam.
2. Pemerintah yang terdiri dari orang-orang UMNO telah meletakkan perlembagaan Negara lebih tinggi dari al-Quran.
3. Kezaliman yang telah ditunjukkan oleh pemerintah terhadap orang-orang Islam, khususnya PAS, jelas menunjukkan mereka tidak Islam".
- Abdul Hadi Awang: Utusan Malaysia, 17hb Jun 1986)
"Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg. Pulau Melaka
"Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak islam dalam pentadbiran Negara, UMNO juga ada ciri kafir.” - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.
“Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang berakidah politik suku, agama suku kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah”. - Nik Aziz Nik Mat: Harakah, 4 Mac 2001
"Amanat Haji Hadi : Saudara-saudara sekelian, percayalah, kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang BN bukan kerana nama dia BN. Kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka.
Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini mati kita adalah syahid, mati kita adalah mati islam.
Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tak payah masuk Kristian, kita tak masuk Hindu, kita tak payah masuk Buddha, tetapi kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku". - Hj Hadi Awang, 7hb April 1981, Kampung Banggul Peradang.
4 comments:
haha yang tudung umno kafir dan sesat sekarang dah menyertai umno .....ahli umno seumur hidup lagi
Cuba kamu jelaskan arah mana Islam yang kamu bawa. Cuba cermin UMNO itu sendiri. Adakah UMNO itu layak digelar pejuang Islam. Lihatlah wanita dalam UMNO adakah mereka ini menuruti Islam. Kalau gagal disini apakah jaminan bahawa mereka ini dapat menggalas perjuangan dan kehendak Islam.
Cakap boleh sebarang cakap... Lebih2 kena penampor. Tapi aqidah sendiri mau ingat. Bukan kita yang buat hukum bahkan kita hanyalah hamba yang diberi tanggungjawab untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.
Siapa khawarij? Adakah PAS menghukum bunuh orang yang dikatakan kafir itu? Sebagaimana mereka bunuh Sydina Uthman dan Sydina Ali.
Adakah PAS membenci Sydina Ali dan Sydina Uthman.
Bukankah orang PAS yang ramai kena bunuh antaranya Pristiwa Memali.
Bukankah PAS selalu memberi ruang untuk berbincang, berforum dan berdebat? Dimana UMNO dila diajak berdebat?
Atau pun pernahkah UMNO memberi ruang kepada PAS untuk berhujah?
Bukankah UMNO yang sentiasa memburukkan PAS tanpa diberi ruang untuk membela diri!
apa persamaan PAS dengan ular? jawapannya ialah membelit.
Post a Comment