Tuesday, February 22, 2011

Kamu Masuk, Kamu Selamat. Kamu Keluar, Sendiri Mau Ingat.

Sdra Bob Lokman bergambar bersama mesin pemfitnah
terbaik PAS, Mahfuz Omar


Bukan main heboh lagi PAS bila Bob Lokman mengambil keputusan menyertai dan menjadi ahlinya. Bermacam-macam bentuk pujian diberi kepada beliau. Ada yang kata Bob Lokman dah dapat hidayah dari Allah.

Ada yang kata beliau dah kembali kepada jalan dan kehidupan Islam yang sebenarnya. Dan paling hebat ada yang kata kemasukan Bob Lokman kedalam PAS ibarat Saidina Umar masuk Islam.

Gambaran yang diberikan seolah-olah sesiapa sahaja (kecuali ahli PKR dan DAP) yang duduk diluar PAS adalah jahil, sesat, tak menerima hidayah dan bukan hidup diatas kehidupan Islam yang sebenarnya-benarnya. Seolah-olah keislaman seseorang itu hanya akan benar-benar sempurna hanya apabila dia menyertai PAS. Khakkkkkkk ptuihhhhhh!

Begitulah PAS, jika ada je sikit orang yang ada nama, walaupun tak sebesar mana namanya masuk PAS, macam-macam pujian yang melambung tinggi ke langit diberikan. Maka tersenyum simpul dan terkemut-kemut lah Bob Lokman mendengar pujian yang diterimanya dari PAS.

Beliau terus diberi ruang dan peluang untuk bercakap dipentas-pentas PAS. Menceritakan detik-detik bagaimana dia boleh berhijrah, kononnya daripada yang bathil kepada yang haq.

Kita tak kisah pun beliau nak menyertai parti mana yang dia suka. Ini negara demokrasi dan Bob Lokman mempunyai hak dan kebebasan untuk berbuat demikian. Tapi beliau kena ingat dan bersedia. Beringat dan bersedia untuk apa?

Beringat dan bersedia untuk dimaki hamun, dicarut marut, dituduh sesat, jahil, tak beriman dan sebagainya oleh puak-puak PAS tegar, jika suatu hari nanti dia mengambil keputusan untuk meninggalkan PAS setelah mendapati parti tersebut hanya mempergunakan Islam untuk mendapat kuasa politik.

Masa tu Bob Lokman janganlah bersedih. Beliau kenalah banyak bersabar dan pekakkan sahaja telinga. Perkara macam tu dah banyak kali terjadi. Bukan sedikit individu yang dah dihina secukup-cukupnya apabila mengambil keputusan meninggalkan parti PAS.

No comments: