Thursday, September 15, 2011

Hebat! Nasruddin Nak Himpun Sejuta Ummah Pula.



KP PAS Pusat, Nasruddin Hassan berhasrat nak himpun sejuta ummah untuk selamatkan akidah. 

Kata Nasruddin, "Menyedari keadaan ummat Islam yang kini semakin dilingkari oleh persekitaran yang mengundang ancaman kepada aqidah mereka, pula keadaan ummat Islam yang sering disogok dengan aktiviti yang meletakkan mereka leka dan alpa dari tanggungjawab dan amanah" - sumber haramkahdaily.

Kalau bab-bab cakap berdegar nak himpun berpuluh ribu atau berjuta orang ini bagilah pada Nasruddin. Dia memang amat arif untuk melakukannya. Tapi sayang...satu pun tak pernah menjadi.

Dulu berapi-api bercakap mahu menggempur kasino di Genting Highland dengan 10 ribu pemuda PAS. Kononnya proses mengumpulkan 10 ribu orang pemuda PAS sedang giat dijalankan. Akhirnya sampai sekarang satu habuk pun tak ada dan sudahnya senyap sunyi begitu saja.

Niat Nasruddin untuk mengumpul sejuta ummah untuk selamatkan akidah itu memang baik. Demi kesucian agama Islam, Horas! tanpa ragu-ragu akan menyokongnya. 

Tapi apalah gunanya dihimpun 1 juta atau 5 juta ummah sekalipun jika sudahnya bila berlaku percubaan memesongkan akidah umat Islam, PAS pakat salahkan dan hentam pula agensi terlibat yang cuba sedaya upaya mahu mencegahnya?

Bila Nasruddin cakap keadaan ummat Islam kini semakin dilingkari oleh persekitaran yang mengundang ancaman kepada aqidah mereka, sering disogok dengan aktiviti yang meletakkan mereka leka dan alpa dari tanggungjawab dan amanah, ada baiknya beliau cuba perbetulkan apa yang berlaku di Selangor dahulu.

Nasruddin jangan buat-buat buta. Di Selangor sekarang ini rakyatnya secara terang-terangan dilingkari segala macam jenis maksiat semenjak Pakatan Haprak mengambil alih tampuk pentadbiran dari UMNO/BN. 

Rumah-rumah urut haram serta spa-spa yang dikhabarkan turut menyediakan khidmat pelacuran, pusat-pusat hiburan yang menyediakan arak selain penjualan minuman keras berkenaan kepada umum secara meluas serta iklan-iklan ubat kuat yang turut menyediakan pakej seks berlambak-lambak di Selangor. Baca disini dan disini.

Jangan lupa, ketika umat Islam sedang bersedia untuk menyambut kedatangan bulan Ramadan yang baru lalu, satu konsert yang menampilkan artis-artis bertaraf berdunia turut dianjurkan dengan gilang gemilang di Shah Alam.

Apa yang Pemuda PAS mahupun PAS sendiri buat? Setakat mampu bantah gitu-gitu saja. Dengarnya hasrat Pemuda PAS untuk berjumpa dan berbincang dengan Khalid Ibrahim bagi mengkaji dan membatalkan penganjuran konsert tersebut tidak dilayan oleh MB Selangor berkenaan. Malu beb!!!

Sebenarnya angkara daripada kelemahan pentadbiran Pakatan Haprak yang disertai PASlah yang menjadi penyebab berlakunya perkara- perkara yang disebutkan oleh Nasruddin itu.

Jadi ada baiknya jika beliau dapat kumpulkan pemuda-pemuda PAS (kalau mampu) untuk berhimpun dan mendesak agar Pakatan Haprak perbaiki kerosakan yang mereka bawa dan lakukan dinegeri-negeri yang mereka tadbir.

Pakatan Hapraklah yang menjadi punca ummat Islam kini semakin dilingkari oleh persekitaran yang mengundang ancaman kepada aqidah, sering disogok dengan aktiviti yang melekakan dan menyebabkan mereka alpa dari tanggungjawab dan amanah.



2 comments:

oldman said...

saekor ayam jantan yg dah tua bimbang tidak akan mendapat tempat dikalangan ayam2 jantan yg hebat2 jika tidak berbuat sesuatu mungkin ia akan disembelih..fikir punya fikir,pusing punya pusing dapat lah idea...berkokok sekuat hati..yaaa kali ini pasti boss sayang aku..maka sblum subuh bekokok lah si ayam jantan ni..begegar reban tejaga seluruh kampung oleh kerana bekokok je hebat telor nya tiada maka marahlah orang kampung memekakan telinga je maka di suatu ptg maka berpindahlah si ayam ni kedalam periuk menjadi kari ayam....

Anonymous said...

Saya dgn segala hormatnya menjemput saudara Nasruddin dan geng benteras Darul Karaoke kat negeri Kedah. Apa cerita ni, dlm kampong pun ada pusat karaoke tumbuh macam cendawan lepas hujan.Bila tanya wakil rakyat depa, semua tak berani bertindak,takut hilang undi.NAMPAKNYA KAMU SEMUA LEBIH TAKUT UNDI DARIPADA ALLAH!