Wednesday, March 7, 2012

Hulu Langat Banjir Lagi.

Hulu Langat, terutamanya di DUN Dusun Tua ketika ini sedang dilanda banjir yang agak besar. Ketika ini hujan masih turun, cuma tidak lebat seperti beberapa jam yang lalu.

Kawasan-kawasan yang rendah habis dinaiki air. Jalan pun sesak teruk akibat banyak kenderaan yang terperangkap.

Ramai la yang tidur dalam kereta jawabnya....

Jentera UMNO Bahagian Hulu Langat ketika ini sedang sibuk membantu penduduk-penduduk dikawasan yang terjejas.

Pasukan bomba & penyelamat, pasukan polis, RELA, Jabatan Pertahanan Awam dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan pun sibuk memberi bantuan.

Harap-harap tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.








Kredit gambar: Yus Idris, Ahmad Zarani & Illi Fathirul


10 comments:

Anonymous said...

mohon update keadaan mangsa yang tersangkut..tqvm

Anonymous said...

Sungai langat perlu didalamkan lagi. Kalo tak harus selalu kena banjir

unknown said...

Jalan dekat sungai serai dan nanding telah ditenggelam dengan air. Kereta Dan motor tidak boleh lalu. Farmasi OK di Taman Lagenda Suria, hulu langat Akan buka semula pada 9 Mac 2012.tq

unknown said...

Jalan dekat sungai serai dan nanding telah ditenggelam dengan air. Kereta Dan motor susah dilalu. Farmasi OK hulu langat sebelah Mymydin hulu langat Akan buka semula pada 9 Mac 2012.sila call 012 9056005 untuk sebarang pertanyaan. Tq

elly said...

sampai bila lah nak banjir je ni....kesian orang kampung ku!!!!!!!!!!

Anonymous said...

orang kata ,yang menjadi bertambah banjir adalah kunci empangan ulu langat dibuka.dimana penduduk yang tinggal berhampiran sungai langat akan berlaku banjir yang tidak ada kawalan.air di jalan sg serai telah beransur pulih.jam 10.17am

Anonymous said...

orang kata ,yang menjadi bertambah banjir adalah kunci empangan ulu langat dibuka.dimana penduduk yang tinggal berhampiran sungai langat akan berlaku banjir yang tidak ada kawalan.air di jalan sg serai telah beransur pulih.

Anonymous said...

orang kata ,yang menjadi bertambah banjir adalah kunci empangan ulu langat dibuka.dimana penduduk yang tinggal berhampiran sungai langat akan berlaku banjir yang tidak ada kawalan.air di jalan sg serai telah beransur pulih.

AYIEN LANGC said...

empangan terpaksa dibuka untuk lepas kan sedikit air....kerana takut empangan akan pecah dan berlakunye tsunami....sekarang air sudah surut...perjalanan utk ke luar bandar lancar....

Anonymous said...

Kami baru je dari pusat penempatan sementara magsa banjir di sek kebangsaan sg serai, menghantar sedikit makanan dan minuman panas. Air sudah nak surut, tapi ada jugak setengah kawasan yang agak rendah yang masih tenggelam. Hujan dah berhenti. Kami perhatikan banyak lagi pembangunan di sekitar jalan hulu langat, tapi sistem perairan dan talian air masih tidak mencukupi sebagai punca banjir disana. sungai Langat terpaksa didalamkan lagi kerana sisni berlaku pelimpahan air sungai masa hujan lebat di kawasan atas sg langat dan di empangan menyebabkan kunci air do empangan dibuka untuk melepaskan air. Harap pihak berkuasa bergerak mengatasi masalah ini dengan pelan terperinci, jangan sampai ia berlaku lagi dan lagi tanpa solusi mantap.