Monday, December 19, 2011

Bekas Pemimpin Pemuda PAS Pun Dah Muak Dengan Perangai Parti Sendiri.



Mohamed Hafiz Nordin, bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang adalah antara pemimpin muda yang lantang dan berani menegur kelemahan PAS.

Tidak seperti kebanyakan pemimpin PAS yang lain, yang kuat menemberang dan amat tunduk serta akur kepada DAP dan PKR...Mohamed Hafiz berani berkata benar walaupun hasilnya pahit.

Kata Mohamed Hafiz,
"Pas telah meninggalkan perjuangan Islam sebaik sahaja parti itu bersahabat dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP Disebabkan perubahan itu juga agenda perjuangan memartabatkan Islam di Selangor oleh bekas Pesuruhjayanya, Datuk Dr. Hasan Ali tidak disenangi oleh kepemimpinan parti khususnya di peringkat pusat".
"Pas lebih mementingkan nilai keduniaan iaitu kemenangan pada pilihan raya daripada meneruskan agenda perjuangan Islam sedangkan inilah perjuangan yang sepatutnya mereka utamakan".
"Saya yakin dan cukup percaya Pas sedar yang mereka tidak akan berjaya menegakkan syiar Islam walaupun pakatan pembangkang menang pada pilihan raya. Realitinya PKR dan DAP tidak mahu syiar Islam ditegakkan".
Kepada Mohamed Hafiz, bersiap sedialah menerima maki hamun, cercaan dan juga tuduhan kononnya anda adalah tali barut UMNO dari jumud PAS yang langsung tidak boleh menerima jika PAS dikritik.

6 comments:

Anonymous said...

Tahniah Hafiz

Anonymous said...

Nie mesti UMNO dah bayar...

Anonymous said...

Kerana ingin kuasa politik sanggup membiarkan Melayu di hina Islam di pijak

Anonymous said...

Beza besar dakwah orang tablig dengan orang PAS
Dakwah Tablig - Kluar dakwah berkumpulan dan bawa wang saku sendiri untuk bekalan berdakwah bila balik rumah duit habis berbelanja
Dakwah PAS - Prgi dakwah pakai kereta mewah bawak duit minyak dan belanja sedikit balik dari ceramah bawak duit berguni-guni.....

Anonymous said...

sedarkah anda bdk2 pas dan umno saling mengata dan mencemuh antara satu sama lain..bukan islam/bangsa asing gembira..matlamat mrk sudah hampir menuju kejayaan..cubalah usahakan/ikhtiarkan melalui media maya ini agar pemimpin2 kita blh bersatu..barulah org melayu/islam menjadi kuat dan tidak mudah di perkotak katikkan..sayangilah agama, bangsa dan t/air..b/mana nasib anak cucu kita di tanah melayu tercinta ini..

Anonymous said...

UMNO bayar. UMNO bayar. UMNO bayar. kakaka. Bangang punya totok PAS. Ingat UMNO mcm PAS ka? Mangkuk punya komen. Marilah kita talkinkan PAS.