Thursday, December 29, 2011

Imbas Kembali : Ronnie Liu Mengamuk Bila Polis Dan MPSJ Serbu Hotel Yang Menyediakan Khidmat Pelacuran.



Kejadian ini berlaku pada tahun 2007, beberapa bulan sebelum Pakatan Haprak berjaya merampas dan menawan negeri Selangor dari BN melalui PRU12.

Ronnie Liu amat berang dan bertindak menghalang pihak polis dan pasukan penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang bertindak menyerbu dan memeriksa beberapa hotel murah yang dipercayai menyediakan khidmat pelacuran disekitar Puchong.

Kalau tiada kaitan antara Ronnie Liu dan hotel-hotel bajet yang menawarkan khidmat pelacuran tersebut, mengapa pula dia jadi berang serta mengamuk sakan dengan tindakan polis dan MPSJ berkenaan? 

Hari ini, orang yang pernah bermati-matian mempertahankan hotel yang menawarkan khidmat pelacuran ini dilantik pula menjadi Exco Kerajaan Tempatan, Kajian Dan Penyelidikan oleh kerajaan Pakatan Haprak Selangor.

Hasilnya, hotel murah@bajet, rumah urut yang menawarkan perkhidmatan seks, pusat-pusat hiburan dan spa tumbuh macam cendawan lepas hujan di Selangor. 

Tambah malang bila lebai-lebai PAS yang Mursyidul Am mereka diangkat sebagai nabi dan juak-juak Parti Keadilan Rakyat yang penasihat parti mereka bakal menjadi Imam Al-Mahdi mengambil sikap buat tak tahu dengan aktiviti menjijikkan yang semakin berkembang subur ini.



1 comment:

Anonymous said...

wlupun perangainya buruk,namun Ronnie Liu inilah yg disanjung2 olh puak PAS dan PKR. Mereka sanggup menghentam Hasan Ali demi mempertahankan si Ronnie.