Juak-juak PAS selama ni bukan main kuat mengutuk dan memaki hamun media-media lain. Tapi dalam dok mengutuk dan memaki hamun tu....rupa-rupanya media mereka sendiri yang sebenarnya teruk lagi hampeh.
Kalau tak, masakan Hasan Ali bagi statement kat bawah ni;
Menurut Hasan beliau menganggap media lain lebih mudah dan memberikan liputan yang lebih baik berbanding organ partinya, Harakah.
Beliau turut mendedahkan Harakah melebihkan liputan terhadap golongan tertentu di dalam parti lantaran penguasaan yang diberikan terhadap lidah rasmi parti tersebut.
Hasan mengambil contoh wawancara Harakah bersama Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din berhubung isu gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) yang masih belum disiarkan sehingga kini kerana kepentingan pihak tertentu.
“Tetapi mungkin atas arahan pihak berkuasa dalam parti, didapati temuramah Datuk Harun din tidak tersiar sampai sekarang. Bayangkan kalau Haron Din tak tersiar bagaimana orang kecil seperti Hasan Ali?” kata beliau.
Justeru Hasan mencadangkan agar Harakah melakukan transformasi besar-besaran agar ia boleh diterima semua lapisan masyarakat.
“Kalau kepimpinan media baru diterajui oleh orang-orang lama. Sesetengahnya telah memimpin PAS selama lebib 20 tahun, tak berubah dan tak beralih, sudah tentulah saya merasakan perlu (berubah),” katanya.
sumber: themalaysianinsider.
2 comments:
..Haramkah hanya layak dibaca oleh 'beruk' Mat Yeh..dan dijadikan kertas tandas Nga & Ngeh...
hohohohohoo tepat sekali wahai lebai malang
Post a Comment