Friday, June 10, 2011

Aktiviti PAS Selepas Menghumban Perjuangan Mewujudkan Negara Islam Kedalam Longkang.

Mungkin kerana mahu meraikan pengguguran secara rasmi perjuangan untuk mewujudkan negara Islam di muktamar mereka baru-baru ini, PAS Kelantan telah menganjurkan pertandingan Badan Cantik Mr Kelantan dua hari lalu.

Para peserta dibenarkan untuk memakai seluar 'kecil' yang biasa digunakan dalam pertandingan bina badan. Mengapa jadi begitu sedangkan sebelum ini juak-juak PAS lah yang paling kuat mengutuk, menghina dan mencaci sesiapa yang tidak menutup aurat mereka.

Saban hari ada saja benda-benda mengaibkan muka sendiri yang dibuat oleh PAS. Tidak mustahil ianya adalah balasan Allah SWT atas sikap pemimpin PAS yang sanggup memutar belit dan melelong agama demi meraih kuasa dan keuntungan politik.

Berikut Horas! paparkan berita yangg dilaporkan oleh Utusan Malaysia berkenaan pertandingan yang dianjurkan PAS Kelantan.


Pas Kelantan anjur pertandingan badan cantik


AHLI bina badan menunjukkan tubuh badan mereka untuk acara "Badan Cantik - Mr. Kelantan" yang diadakan di Dewan Jubli Perak Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 9 Jun - Tindakan Pas Kelantan menganjurkan Pertandingan Badan Cantik Mr. Kelantan 2011 mencetuskan persoalan mengenai dasar Membangun Bersama Islam yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri selama ini.

Pas Kelantan yang mendakwa berada di bawah kepimpinan ulama, sebelum ini telah mengharamkan penyertaan wanita dalam pertandingan tilawah al-Quran dengan alasan suara mereka adalah aurat.

Sebaliknya, Pertandingan Badan Cantik itu yang diadakan bersempena Sambutan Hari Anak Muda Kelate 2011, jelas menunjukkan puluhan lelaki perkasa mendedahkan sebahagian besar tubuh mereka.

Malah, pemakaian kain tambahan pada pinggang setiap peserta masih gagal menutup sepenuhnya aurat mereka.
Walaupun pertandingan itu diadakan dalam dewan tertutup iaitu Dewan Jubli Perak dengan setiap pintu masuk dijaga oleh individu berbaju merah tua, ia tetap 'menarik' beberapa penonton wanita yang mengintai-ngintai dari luar dewan.

Lebih menarik, terdapat kain rentang di belakang pentas yang memaparkan wajah dua pemimpin Pas Kelantan iaitu Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Exco Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fattah Mahmood.

Kelibat peserta yang 'menayang' badan mereka di bahagian luar belakang dewan, turut mencetuskan persoalan mengenai peraturan berpakaian menutup aurat di khalayak yang dilaksanakan oleh kerajaan Pas selama ini.

Selain pertandingan badan cantik itu, beberapa acara lain yang diadakan bersempena sambutan tersebut ialah karnival sukan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti), pertandingan gusti lengan, perarakan berkuda, bola sepak, perarakan bermotor 'Yang Berhormat Exco Belia Kita' dan anugerah Tokoh Anak Muda Kelate 2011.

Sambutan selama dua hari dengan tema 'Anak Muda Kelate Bermaruah' dan 'Memperkasakan Kerajaan Islam Kelantan' itu, turut menawarkan hadiah cabutan bertuah berupa komputer riba sebagai tarikan kepada pengunjung.

Horas! : PAS makin lama makin mengarut. Memang wajar parti yang paling kuat menipu ini ditolak pada PRU13 nanti. Cakap tak serupa bikin!



5 comments:

Anonymous said...

Semenjak berkawan ngan DAP segalanya dah halal pd PAS. Kita tunggu dn lihat jer la apa nak jadi seterusnya ngan parti isle tu.

Anonymous said...

orang tua di kelantan tu dah nyanyok. maseh nak pegang kuasa dan nak dunia lagi. cakap tak serupa bikin.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Horas! Hulu Langat said...

Ni Horas! nak bagi pantun sikit:-

Kelapa bersabut diatas palang,
Retak tempurung dihinggap lalat,
Kenapa diikut Si Lebai Malang,
Digertak DAP terkulat-kulat.

kah kah kah!

Jeffry said...

DAH MCM GAY JALAN TEPI PANTAI PAKAI KAIN PARIO JEK. SAH WALLY SLIPAU MMG PEMINAT GAY! KEHKEHKEH