Wednesday, June 15, 2011

Ketuanan Melayu: Sebenarnya Siapa Tuan Dan Siapa Hamba.



Apa perasaan anda selepas menonton video diatas? Rasa menyirap darah sampai keubun kepala?...Muka terasa panas dan kepala pun terasa kembang? 

Betapa selama ini Melayu  telah banyak berkorban untuk keselesaan dan kesejahteraan bukan Melayu. Tapi langsung tak dihargai. Melayu memang baik hati dan pemurah. Melayu juga suka beralah demi kebaikan semua.

Tapi sayang, sifat baik hati, pemurah dan sanggup berkorban Melayu tak dihargai. Ketuanan dan keistimewaan yang hanya tinggal sedikit pun masih dipertikaikan dan minta dihapuskan oleh segelintir pihak yang tak sedar diuntung. 

Mengapa mereka menjadi terlalu berani sedangkan mereka sudah mendapat segala-galanya?...kesenangan, kemewahan, kemakmuran dan kesejahteraan hidup, keamanan dan bermacam-macam lagi.

Jawapannya kerana ada Melayu yang sanggup menjadi barua mereka. Mereka ada Anwar Ibrahim dan konco-konconya. Mereka ada Hadi Awang dan konco-konconya. Mereka juga ada jentera yang besar dari kalangan Melayu sendiri yang sanggup turun membuat kacau dan berguling-guling dijalanan untuk melaksanakan agenda mereka.

Malah yang terbaru, PAS kini mendesak kerajaan untuk mengiktiraf anggota komunis yang dulu pernah menghuru-harakan negara sebagai pejuang kemerdekaan. 

Bukankah dahulu Melayu yang ramai maut dan menderita angkara kekejaman komunis? Bukankah Melayu juga yang bangkit meninggalkan anak, isteri, ibu dan bapa masing-masing menggadai nyawa bermati-matian menentang keganasan komunis?

Apakah perasaan anak yang kehilangan ayah, isteri yang kehilangan suami, ibu bapa yang kehilangan anak lelaki dan sebagainya...yang terkorban kerana berjuang menghapuskan pengganas komunis dulu? Tidakkah pengorbanan insan yang mereka sayangi itu menjadi sia-sia?

Sebelum nasi menjadi bubur...DAP, PKR dan PAS harus kita kuburkan dalam PRU13 yang akan datang.



1 comment:

Anonymous said...

gua tak pandai nak komen panjang lebar. Tp yg gua nampak pas dgn pkr ni dah terlampau sgt ngikut telunjuk dap kapir harbi.

Atuk gua dulu mati ditangan komunih. senang2 pas nak iktiraf komunih tu pejuang negara?...tobat gua tak kan undi pr lagi..