Friday, June 3, 2011

Datuk Harun Taib Kritik Pemimpin PAS Yang Membabi Buta Membela Anwar?



Mungkin kerana sudah berbulu mata dan rimas melihat gelagat kepimpinan PAS yang terlalu mengagung-agungkan selain terlampau mempercayai Anwar Ibrahim secara membabi buta, Datuk Harun Taib akhirnya buka mulut dan mengkritik mereka.

Ketua Dewan Ulamak PAS itu secara terus terang meminta kepimpinan PAS supaya tidak terlalu mengikut "rentak" pihak tertentu, termasuk dalam Pakatan Rakyat dalam usaha memelihara PAS daripada kehilangan identiti dan jatidiri Islam yang menjadi dasarnya selama ini.

Beliau juga dengan tegas meminta agar kepimpinan PAS agar tidak berkrompomi dalam soal hukum halal dan haram yang telah dinyatakan secara sarih (jelas) dan nyata dalam Al-Quran dan al-Sunnah.

Mengapa secara tiba-tiba Ketua Dewan Ulama PAS ini bersuara dan membuat kenyataan yang mengkritik partinya sendiri?

Tidak mustahil kenyataan Datuk Harun Taib ini ada kaitannya dengan rasa kecewa beliau dengan sikap pemimpin-pemimpin PAS yang menolak mentah-mentah isu video seks yang didakwa melibatkan Anwar Ibrahim tanpa mahu menyiasat kesahihannya terlebih dahulu.

Memang benar, kebelakangan ini kredibiliti PAS tercalar teruk akibat sikap pemimpinnya yang dilihat bermati-matian cuba  menyelamat dan mempertahankan Anwar tanpa usul periksa. Jika memang benar bukan Anwar terlibat, itu tidak menjadi masalah...tapi bagaimana jika ianya benar? Bukankah itu akan menjahanamkan PAS?

Inilah yang amat menakutkan Datuk Harun Taib. Risiko yang diambil oleh PAS terlalu besar. PAS ibarat dilumur dengan najis jika memang benar lelaki dalam video itu adalah Anwar. Rakyat akan memperlekeh dan tidak mempercayai PAS lagi kerana cakap tidak serupa bikin. 

Menjerit-jerit kesana kemari mengatakan mereka memperjuangkan Islam, tapi dalam pada masa yang sama bersungguh-sungguh pula membela dan mempertahankan rakan mereka yang berzina demi untuk mendapatkan kuasa politik.

Nampaknya Ketua Dewan Ulama PAS itu sanggup mengambil risiko menahan amukan dan dibelasah oleh Nik Aziz demi mengelakkan partinya terpesong lebih jauh gara-gara mempertahankan Anwar.



2 comments:

Anonymous said...

Pengaruh Anuar semakin lama semakin kuat dlm pas. Rentak pas pun dah lebih kurang mcm pkr skrg nih. Pas dah bukan mcm pas yg dulu...

Anonymous said...

Klu Husam dan Mat Sabu menang, akan bertambah kuat la pengaruh Anwar dan Lim Guan Eng dlm Pas.

Mat Sabu memang dh terang2 hardcore DAP. Husam lak hardcore Anwar.