Sunday, June 19, 2011

PAS Mulakan Gerakan Membela Bekas Anggota Komunis?



Horas! ada menyentuh sedikit tentang desakan PAS yang mahu  kerajaan mengiktiraf bekas anggota komunis atas alasan bekas anggota Parti Komunis Malaya juga adalah pejuang kemerdekaan. Baca disini.

Nampaknya usaha PAS tidak berhenti setakat itu sahaja. Kini mereka sedang giat pula menggunakan isu darurat yang pernah diisytiharkan oleh British dinegara ini pada 18hb Jun 1948. 

UMNO dikaitkan dalam isu berkenaan kerana Yang Dipertua UMNO pada masa itu, Dato Onn Ja'afar, kononnya dikatakan telah menyetujui tindakan British tersebut. UMNO dituduh bersekongkol dengan British dan dengan mudah PAS menafikan perjuangan dan pengorbanan UMNO dalam mencapai kemerdekaan dulu.

Kata PAS, kemerdekaan tanah air ini bukanlah dicapai kerana perjuangan para pemimpin UMNO, tetapi hasil dari perjuangan pejuang-pejuang kemerdekaan sebenar yang kononnya dizalimi selepas pengisytiharan darurat berkenaan dibuat.

Berikut Horas! petik sedikit apa yang disiarkan oleh Harakahdaily berkaitan pengisytiharan darurat pada 1948 berkenaan.
KUALA LUMPUR, 17 Jun: PAS Kawasan Batu akan mengadakan satu majlis khas pada malam esok, 18 Jun, mulai jam 9.00 malam, di Markas PAS Kawasan Batu di Taman Melewar, di sini, bagi memperingati hari mala petaka bagi rakyat Malaysia yang berlaku pada 18 Jun 1948 lalu. 
Sehubungan itu, para pencinta sejarah dan orang ramai dijemput hadir ke majlis itu yang akan diisi dengan pengkisahan tentang mala petaka yang melanda seluruh rakyat negara ini, ekoran kekejaman pihak British dengan kerjasama Umno. 
Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Batu, Ishak Surin menjelaskan, mungkin ramai yang tidak menyedari, esok, 18 Jun, adalah hari amat malang bagi rakyat Malaysia kerana pada hari esoklah pihak British yang menjajah negara kita telah mengisytiharkan darurat di negara kita. 
Menurut beliau, setelah pengisytiharan darurat pada 18 Jun 1948 itu, semua parti-parti politik di negara kita telah diharamkan, tokoh-tokoh politik di seluruh negara ditangkap, dipenjarakan dan dibunuh. Seterusnya baca disini.
Nampaknya, selepas mengenepikan cita-cita melaksanakan hukum hudud dan yang terbaru menggugurkan perjuangan untuk mewujudkan negara Islam, PAS semakin haru biru dan tidak tentu arah dalam menentukan arah tuju perjuangannya. 

Kini puak-puak hijau karat ini tampil pula sebagai pembela bekas anggota komunis yang pernah bertindak kejam dan membunuh rakyat negara ini dengan sewenang-wenangnya suatu masa dulu. 

Tapi untuk mengelakkan persepsi buruk rakyat kepada mereka, pembelaan itu tidak mereka lakukan secara terang-terangan. Mereka kelirukan dan tarik perhatian rakyat kepada isu pengharaman beberapa parti politik serta penangkapan pemimpinnya yang majoritinya adalah Melayu pada tahun 1948.

Mereka berharap dengan menimbulkan isu itu, rakyat akan marah dan menganggap UMNO zalim dan jahat kerana sanggup menganiaya saudara seagama dan sebangsa sendiri. 

Mengapa UMNO dikaitkan dengan hal darurat tersebut walhal yang memerintah dan berkuasa pada masa itu adalah British. Alasan British mengisytiharkan darurat berpunca daripada kacau bilau dan keganasan yang dilakukan oleh komunis. 

Komunis yang jadi punca darurat 1948 diisytiharkan, komunis yang jadi punca beberapa parti politik diharamkan, komunis juga yang jadi punca pemimpin-pemimpin parti terlibat ditahan...tapi PAS salahkan UMNO.

Kesimpulannya, sebab komunislah darurat terpaksa diisytiharkan, tapi PAS cuba pula menjadikan UMNO sebagai kambing hitam. Komunis yang menjadi punca segala-galanya langsung tak mereka sentuh malah mereka anggap pula sebagai pejuang kemerdekaan sejati.

Tapi biasalah, asalkan boleh memberi keuntungan politik, PAS sanggup memutarbelit apa sahaja perkara.  Agama lagikan boleh mereka putarbelit, inikan pulaklah setakat fakta sejarah yang berlaku 63 tahun lalu yang ramai generasi muda kabur mengenainya.

Kasihan orang-orang Melayu dulu yang menggadai nyawa menentang komunis, kini jasa dan pengorbanan mereka cuba dinafikan oleh PAS. Yang tersenyum lebar meleret dipipi sudah tentulah DAP. Mereka tak payah ambil risiko atau bukak mulut pasal nak membela komunis kerana mereka sudah ada sekumpulan barua yang sanggup melakukannya bagi pihak mereka.

Untuk mengetahui secara ringkas tentang fakta darurat yang disytiharkan oleh British pada tahun 1948, rakan-rakan sekalian boleh membacanya disini.

Putar jangan tak putar, PAS memang haprak...!!!



4 comments:

Jeffry said...

PASRAEL DAN GENG2 YG LAIN AKAN TERUS BERDALIH DAN MENAFIKAN JASA2 MEREKA YG TERKORBAN MENDAPATKAN KEMBALI TANAH AIR NI DARI PENJAJAH BROO.

PADA MEREKA ORG2 YG TERKORBAN TU BKN MATI SYAHID. KLU MATI SYAHID ADALAH MEREKA2 YG MATI MASE MENGUNDI PAS. TAPI KALAU MATI MENGUNDI PEEGAYYRAR ATAU DEEAYPIG TAK TAU PLAK DIORANG NK GUNA FATWA APE? KEHKEHKEH

Anonymous said...

mengapa pas nih makin lama makin mcm celaka perangainyer? makin fadeup pulak aku tengok. Idea tuk pembangunan & kebaikan langsung tak ade...yg depa tau nk menjahanmkn & memecah belahkn bangsa je.

Anonymous said...

salam,
ada suara2 sumbang...mengatakan ada ahli politik pembangkang yg pernah terlibat dlm serangan balai polis bkt kepong...kominis tuuu...adakah cerita ini benar....?????????????Tlong siasat ...jika benar...kerajaan perlu buat sesuatu.

Horas! Hulu Langat said...

anon 8:23

Dari mana dengar cerita tu? Kongsikan kat sini sikit.