Hantu kebiasannya dikaitkan dengan roh-roh orang yang tidak tenteram oleh sebab-sebab tertentu selepas kematian. Roh-roh yang tidak tenteram ini kemudiannya dipercayai bergentayangan dimuka bumi sehingga ada yang dapat melihatnya dengan mata kasar atau pun melalui alat rakaman.
Kebiasannya, ia muncul dengan keadaan dan rupa yang amat menakutkan sehingga ada yang terkencing didalam seluar dan lintang pukang lari apabila terserempak dengan hantu yang menjelma.
Dari sudut pandangan islam mengenai kewujudan makhluk halus yang dikatakan hantu itu, rakan-rakan pembaca sekalian boleh membaca penjelasan pengasas Darussyifa' disini.
Baiklah, mari kita balik ketajuk asal posting ini....
Rakaman yang ingin Horas! tunjukkan ini telah berjaya dirakamkan sekitar awal tahun ini oleh seorang hamba Allah yang tahu dimana tempat makhluk menakutkan itu akan menjelma.
Rakaman ini bukan rekayasa atau mengunakan apa-apa teknologi canggih. Hanya menggunakan video rakaman biasa.
Rakan-rakan sekalian nilailah sendiri dari spesis hantu yang mana makhluk yang berjaya dirakam ini. Hantu rayakah? Hantu jembalangkah? Gundorowokah?
Yang pasti ini bukan pontianak, langsuyar atau pun hantu kopek yang dikatakan amat suka menyorokkan budak-budak kecil dibawah buah dadanya yang lanjut melabuh.
Atau inikah yang dikatakan iblis dan syaitan dari kalangan manusia yang kerjanya suka menyesatkan dan melihat umat Islam berpecah belah?
Celaka punya hantu! Mari ramai-ramai ludah hantu ini...khakkkkkk ptuihhhhhhh !!!
5 comments:
puihhhhhhh.! orang camgini lagi jahat perangainya dari hantu raya. Ni species hantu mulut bangkai bro.!
muahahahaha...aku terkena! ingatkn btul2 antu tadi..neway dlm pas memang ramai bebenor antu mcm tuh...Mulut jahat x tahap puaka.
INI BKN HANTU BROO..INI SETAN JAMBANG BROO!..SETAN MKN NASIK LAUK PETAI. TU PSL MULUT BUSUK. SENANG JEK NAK HAPUSKAN SETAN NIH..SPRAY NGAN RIDSECT. KEHKEHKEH
tu hantu fitnah berjanggut panjang
Anon2 sekalian : Jauhkan kaum keluarga, sedara mara & sahabat handai korang dari pergi kat tempat hantu celaka tu berpotensi utk muncul. Bahaya wooooo..boleh rosak akidah.
jeffry : Kalau nak cepat kesan ridsect tu, pastikan ada org yang pegangkan dia. Sembur terus dlm mulut dia yang hancing tu...kah kah kah
Post a Comment