Thursday, June 30, 2011

Panas!!! PAS Semakin Mesra Dengan Arak.



Setiap hari PAS semakin banyak menelan kahak hijau sendiri. Apa yang pernah diludah dan dikahakkan kepada UMNO suatu masa dulu kini, juak-juak PAS jilat semula tanpa rasa malu.

Dulu PAS tidak dapat menerima bila kerajaan terpaksa mengeluarkan lesen mengilang, mengedar dan menjual arak. Macam-macam mereka fitnah UMNO walaupun sudah berpuluh kali dijelaskan bahawa ianya terpaksa dilakukan bagi memenuhi keperluan dan hak orang-orang bukan Islam dinegara ini.

Tapi kini nampaknya PAS sendiri yang beriya-iya mahu arak dijual dengan meluas. Malah kerajaan negeri Kelantan yang diterajui oleh PAS juga nampaknya semakin komited untuk menambah dan mengeluarkan lagi  lesen menjual arak di negeri berkenaan.
Kerajaan Pas Kelantan Kaji Tambah Lesen Arak - Takiyuddin

KOTA BHARU 29 Jun - Kerajaan Pas Kelantan sedia mengkaji cadangan masyarakat Cina di negeri ini yang mahu menambahkan lesen perniagaan dan premis minuman arak di negeri ini, kata anggota Exco Kerajaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan. 
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Negeri berkata, kajian itu bergantung kepada kewajaran dan keperluan lesen itu dikeluarkan terutama di bandar Kota Bharu. Selanjutnya boleh dibaca disini.
Inilah hasilnya semenjak PAS semakin akrab dan bersaudara dengan DAP. Kalau dulu beriya-iya menentang penjualan arak di negara ini, sekarang keadaan sudah jadi terbalik. PAS kini nampaknya mahu menjadi juara dalam hal-hal yang berkaitan arak.

Sebenarnya tanda-tanda PAS semakin mesra dengan arak memang sudah lama kita nampak. Dulu di Selangor, PAS langsung tidak membantah bila DAP  mahu arak dijual dikawasan majoriti Islam. 

Malah lebih teruk dari itu, Khalid Samad (MP PAS Shah Alam) pernah 'menziarah' sebuah kilang arak di Selangor dan menawarkan kepada kilang berkenaan sebuah tapak baru yang lebih luas.

Kalau luas tapak yang diberi, maka semakin besar jugalah bangunan kilang yang bakal didirikan. Bila kilangnya dah besar sudah tentu pulak lah pengeluarannya makin banyak. Bukan begitu?

Apa nak jadi dengan PAS? Sudah semakin jauh terpesong nampaknya. 



4 comments:

Anonymous said...

Ai,,umno boleh takkan pas tak boleh jual..tak ADIL la kalo macam tuuu..
(ssyyyhhh..jangan bagi tau orang, serban dan jubah tu tidak melambangkan seseorang itu beriman dan bertakwa serta menunjukkan dia seorang muslim nanti orang PASial marah.)

Wake UP! said...

Salam bro. Kalau tuak pun mereka boleh minum, apatah lagi dengan arak?

Dot said...

hmmm..semakin baik bertemankan dap nampak?

bukan teman semata2, teman tapi mesra gituuuu! ehek ehek

hampeh!

CUCU TOK WAN said...

begitulah kalau tujuan hidup dan tujuan wujud adalah untuk mendapatkan kuasa.

Segala-galanya pun sanggup digadaikan demi mendapatkan kuasa. Mengata UMNO-BN bagaikan mereka sudah terjamin syurga, tetapi akhirnya mereka sendiri yang melakukan perbuatan berkenaan.

Yang sahnya, golongan ini MEMANG HARAMJADAH!!!