Monday, October 3, 2011

Jihad Suci AlagaPAS: Mari Ludah Muka Ustaz Nasharuddin Mat Isa.



Khabarnya itulah seruan Mat Sabu kepada penyokong-penyokong PAS ketika parti Islam berkenaan meraikan ulangtahun kelahiran PAS yang ke 60 di Pulau Pinang beberapa hari yang lalu. Baca disini.

Mat Sabu mahu agar ahli PAS meludah muka Ustaz Nasharuddin Mat Isa jika tersermpak dengan mantan Timbalan Presiden PAS itu.

Apa salah dan dosa Ustaz Nasharuddin hingga Mat Sabu sanggup mengeluarkan seruan yang sebegitu dahsyat? 

Adakah Ustaz Nasharuddin telah melakukan kesalahan besar dimana seorang lelaki telah mengadu menjadi mangsa liwat beliau? 

Atau Ustaz Nasharuddin telah ditangkap didalam bilik hotel berkhalwat dengan isteri sahabatnya sendiri? Atau mungkin kerana aksi Ustaz Nasharuddin mengawan dengan pelacur China Doll telah berjaya dirakamkan?

Jawapannya adalah TIDAK sama sekali.

Mat Sabu dikhabarkan membuat seruan itu semata-mata kerana berang apabila Ustaz Nasharuddin sanggup bekerjasama dengan Mukhriz Mahathir dalam menjayakan Misi Bantuan Palestin yang dianjurkan oleh Yayasan Al Quds Malaysia. 

Apa yang dilakukan oleh mantan Timbalan Presiden PAS itu rupa-rupanya adalah satu 'dosa besar' dimata Mat Sabu.

Rakan-rakan pembaca sekalian nilaikanlah sendiri betapa dahsyatnya hati Mat Sabu. Jiika dia sanggup memperlakukan perkara sebegitu kepada rakannya sendiri, bayangkan apa pula yang dia sanggup lakukan kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang terang-terang menjadi musuh politiknya.


Tapi yang anehnya, Mat Sabu tidak pula berang dan meminta penyokong-penyokong PAS meludah muka Karpal Singh, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng ataupun muka Anwar Ibrahim apabila pemimpin-pemimpin yang menjadi rakan pakatan PAS tersebut menolak hukum hudud yang mahu dilaksanakan PAS.

Malah dia dengan muka yang manis menerima pula pendirian pemimpin-pemimpin DAP dan PKR yang terang-terang telah memperlekehkan perjuangan PAS dengan hati yang terbuka. Kononnya atas alasan perpaduan dan kesepakatan.

Pada juak-juak PAS, janganlah marah jika ada segelintir pihak menganggap PAS yang kononnya memperjuangkan Islam itu banyak persamaannya dengan KHAWARIJ. 

Lihatlah sikap Timbalan Presiden anda sendiri. Lihat betapa lembutnya beliau dengan kafir yang menentang Islam sedangkan dalam masa yang sama beliau begitu keras terhadap saudara seagamanya sendiri.

Sikap beliau terhadap Ustaz Nasharuddin yang satu ketika dulu pernah menjadi Timbalan Presiden anda sekalian adalah satu contoh terbaik.


4 comments:

Anonymous said...

Mujur tiada pemimpin UMNO yang minta penyokong2 UMNO meludah muka YB Mukhriz kerana bekerjasama dgn Ustaz Nasha membantu rakyat Palestine. Itulah beza akhlak pemimpin UMNO dan pemimpin PAS yang mengaku mereka kononnya mencontohi akhlak Rasulullah dan memperjuangkan Islam.

Brader Vo said...

Apa yang nak diharamkan daripada si kaki zina syiah dan komunis seperti mat sabu .... nak kena penerajang dah barua ni ...

Anonymous said...

Hidup Mat Sabu sia sia dari muda sampai Tua..Rumah kata piii..kubur kata Maaiiii..!!

Anonymous said...

Begitu juga beza akhlak ahli UMNO dan Ahli PAS .. Ahli UMNO lebih berhemah dan berbudi bahasa ahli PAS pula dah macam kerasuk syaitan ..