Akhirnya, dalam mesyuarat lajnah politiknya malam tadi, PAS membuat keputusan dan pendirian untuk tidak terlibat dalam 'Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) Mempertahankan Aqidah' yang dijadualkan berlangsung pada 22 Oktober 2011 ini di Shah Alam.
Untuk pengetahuan rakan-rakan pembaca sekalian, antara matlamat 'Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) Mempertahankan Akidah' diadakan adalah untuk mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa cubaan memurtadkan sekumpulan umat Islam di Selangor tidak lama dulu.
Selain itu, ianya juga bertujuan untuk menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.
'Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) Mempertahankan Akidah' ini dikatakan mendapat sokongan padu daripada lebih 2000 NGO yang dipercayai mewakili sekitar empat juta orang Islam di negara ini.
Alasan PAS tidak mahu terlibat dalam HIMPUN cukup mudah...kononnya kerana program tersebut tidak melibatkan mana-mana parti politik.
Memanglah penganjur tidak mahu melibatkan mana-mana parti politik, tapi pihak penganjur tidak ada pula meletakkan syarat bahawa mana-mana ahli atau penyokong parti politik tidak boleh menyertainya.
Jika tidak mahu terlibat sekalipun, PAS sepatutnya menggalakkan ahli-ahlinya untuk menyertai perhimpunan tersebut atas tanggungjawab sebagai seorang Islam yang mahu mempertahankan agama dan akidah saudara-saudara seagama yang kebelakangan ini kian giat cuba dipesongkan oleh pihak tertentu.
Tapi nampaknya itu pun tidak berlaku.
Tapi nampaknya itu pun tidak berlaku.
Sekarang jelaslah pada kita semua bahawa PAS hanya akan sanggup mengerahkan ahlinya berhimpun secara besar-besaran hanya jika hasilnya memberi keuntungan politik pada mereka.
Jika tidak memberi keuntungan politik, mereka tidak akan berminat untuk menyertainya...walaupun perhimpunan tersebut dibuat atas nama agama serta demi kepentingan umat Islam sendiri.
Selama ini mereka mengaku perjuangan mereka adalah demi memartabatkan agama. Tapi bila ada program yang dianjurkan atas tujuan tersebut dan memerlukan pula sokongan daripada umat Islam dinegara ini...merekalah yang paling awal tarik diri dan membuat keputusan tidak mahu terlibat.
Horas! percaya, jika Ambiga pula mahu mengadakan demonstrasi BERSIH 3.0 minggu depan dan minta PAS turut menyertainya, pasti dengan serta merta mereka akan setuju. Berdiri dibarisan paling hadapan pun juak-juak ni sanggup. Mereka akan kerahkan ribuan ahli mereka membuat kecoh dan huru hara dijalanan.
Kerana apa?
Kerana ada kepentingan serta keuntungan politik disitu dan politik pula adalah segala-galanya pada PAS.
Nampaknya sedikit demi sedikit, Allah SWT telah tunjukkan pada kita semua siapa PAS dan apa matlamat mereka yang sebenarnya.
7 comments:
Aku bosan la politik nie. Mane2 pun sama je. Yang belah sini, hentam & ngata belah sana. Belah sana hentam&ngata belah sini. Podahhhhhh laaa!!!! Penulis ni pun 2x5 gak. Hentam&mengata gak. Kalu PAS tak ajak ahli ikut perhimpunan, UMNO ada ajak ke????? Cakap tu biar serupa bikin laaa... Ko tak ngata pemimpin UMNO pun. Kepada penulis pun... Podaaahhhhh laaaaa!!!!!!!
PEMIMPIN UMNO TAK TERMAKAN NASI KANGKANG AMBIGA... CUMA PEMIMPIN FUCKATAN JER DAH BERKOYAN2 MAKAN NASI KANGKANG AMBIGA TU YANG TERHEGEH PG BERSHIT RAMAI!!! LU FIKIR LAAA SENDIRI...
ewan ni bangang ke hape ni? Umno yg puak pas tuduh sekular dan tolak islam tu takde pulak sampai buat keputusan xmau terlibat dgn 'himpun' mcm yang pas buat. Umno siap galakkan lagi ahli2nya turut serta.
pas? nama je perjuangkan islam...tp hampeh. Tp kalo pasal 'bersih' sanggup pulak buat huru hara terkinja2 kat tengah jalan. Sampai yang buat2 mati pun ada.
Ewan :
Satu je aku bole ckp kt ko..
"lu memang BODOH sbb sokong parti yg melacurkn Islam !!!"
Cantik sungguh bahasa&perkataan yang digunakan Anonymous. Emosi semacam je. Jgn cepat meletakkan seseorang sokong mane-mane bro. Dunia blog kan menggalakkan rakyat malaysia sentiasa berfikir. Masing2 ada hak nak memilih dan dipilih. Org cam ko kompom keUMNOan nye kot. itu lantak ko la. Org2 cam aku ni special, otak sentiasa ligat cari maklumat dan mengkaji maklumat yang diterima, dan akhirnya terjemahkan dalam undi masa hari pengundian nanti, kalu rasa nak gi undi la. Yang korang penyokong tegar UMNO/BN ke, PAS/Pakatan ke, itu korang punya pasal. Mata hati dan jiwa korang tak berkembang, yg UMNO/BN pasti camne pun ttp UMNO/BN yang betul semua. Camtu gak org2 PAS/Pakatan, tetap parti yang didokong betul semuanya. Yang akan jadi bijak dan sentiasa berfikir, adalah org atas pagar. Aku doakan si Anonymous ni mendapat petunjuk dari Allah untuk menjadi org yang sentiasa berfikir. bukan sokong membuta tuli. Sorry bro...
serban melilit tebal kat kepala...tapi iman nipis bak kain sutera....nama aje pertahankan islam konon....tapi bila di tuntut zahirkan langsung tak mara kedepan....golongan inilah yg sebenarnya musang di dlam islam....jawablah nanti di akhirat nanti jika di tanya allah kelak...
Perhimpunan BERSIH bersama Ambiga - PAS sertai. Anytime..anywhereback
PAS up gereja DUMC.
PAS pentingkan politik dari agama
PAS pentingkan undi dari akidah.
Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih
Post a Comment