Friday, October 28, 2011

Kebal Dari Dikenakan Tindakan Undang-Undangkah Namewee?



Semalam, wakil Gerakan Anti Namewee (GAN) Hulu Langat mengadakan perjumpaan dengan Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah. Terima kasih diucapkan kepada Datuk Tun Hisan kerana sudi meluangkan masa emasnya melayan persoalan-persoalan yang diajukan oleh wakil GAN.

Tujuan perjumpaan tersebut diatur adalah untuk mengetahui apa sebabnya tiada sebarang tindakan diambil keatas Namewee, walhal sudah banyak laporan polis yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu diatas kebiadaban pemuda tersebut yang tidak pernah serik menghasilkan klip video yang boleh menyemarakkan api perkauman.

Horas! ringkaskan jawapan dan penerangan Datuk Tun Hisan berkaitan isu Namewee ini. 

Menurut beliau, pihak PDRM akan menyiasat setiap laporan yang diterima. Pihak PDRM akan menjalankan siasatan dibawah akta yang difikirkan sesuai dan ada hubungkait dengan isi laporan polis yang dibuat oleh pengadu. Misalnya, jika laporan polis yang dibuat ada kaitan atau kena mengena dengan hasutan, mereka akan jalankan siasatan dibawah Akta Hasutan.

Apabila siasatan telah lengkap, pihak polis akan menyerahkan Kertas Siasatan atau Investigation Paper (IP) kes berkenaan kepada Pejabat Peguam Negara untuk diteliti dan dinilai bagi tindakan selanjutnya. Tugas pihak PDRM hanya sampai setakat itu sahaja.

Proses selanjutnya bergantung pada Pejabat Peguam Negara. Pihak Pejabat Peguam Negaralah yang akan menentukan samada kes tersebut perlu dibawa kemahkamah untuk proses pendakwaan atau pun tidak.

Dan nampaknya, dalam isu Namewee ini, Pejabat Peguam Negara memilih untuk tidak mendakwa Namewee. Apa sebabnya tidak didakwa...itu Horas! tidak tahu. Hanya mereka di Pejabat Peguam Negara...yang terlibat dalam kes Namewee yang tahu dan ada jawapannya.

Apabila melihat laporan polis yang dibuat keatas dirinya tidak mendatangkan apa-apa kesan (mungkin kini dia merasakan dirinya kebal) maka sicelaka dari Muar ini jadi semakin berani menghasilkan klip-klip video yang lebih menyakitkan hati dan mencabar kesabaran kita orang Melayu.

Apa yang perlu kita lakukan? Perlukah kita terus-terusan bersabar dan melihat serta menelan sahaja sikap biadab Namewee...sedangkan hati kita terguris dan panas terbakar melihat gelagat kurang ajarnya itu?

Atau perlukah kita melakukan tindakan yang lebih agresif dan berterusan bagi memastikan Namewee mendapat hukuman yang setimpal dengan perbuatannya?

Tepuk dada tanya selera......

Jika anda memilih untuk terus bersabar dan menelan sahaja sikap biadabnya itu...itu hak anda dan Horas! tidak mahu untuk mempertikaikannya. Mungkin selepas ini Namewee akan jadi lebih produktif menghasilkan karya-karya maha 'seninya' itu. Tidak mustahil juga hinaannya kepada kita semua akan menjadi semakin hebat.

Tapi jika anda memilih untuk melakukan tindakan yang lebih agresif bagi menunjukkan isyarat kepada pihak-pihak tertentu bahawasanya kita semua amat tidak senang hati dan merasa amat marah dengan apa yang pernah dilakukannya...mari sertai GAN pada 30hb Oktober yang akan datang ini.



4 comments:

Anonymous said...

Dalam dunia ni ada benda bila cakap mulut tak memberi kesan maka tindakanlah cara terbaik sebagai pengajaran, sekadar pandangan.

Anonymous said...

salam bro, cam mana nk join perhimpunan ni?

Horas! said...

Terima kasih kerana berminat untuk turut serta.Sdra Anon 9:44 boleh hubungi no hp dibawah banner diatas tu. Bawak geng lain ramai2.

Anonymous said...

napa xde kritikan pada jabatan peguam negara?