Friday, October 7, 2011

Musim Pakatan Haprak 'Merakyatkan Ekonomi' Dan Mempraktikkan 'Negara Berkebajikan' Sudah Bermula.

Lebih kurang dua minggu yang lalu, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah menjalankan operasi besar-besaran mengeluarkan kompaun kepada pemilik-pemilik rumah di Saujana Impian yang majoritinya didiami oleh keluarga Melayu.

Kebanyakan kompaun yang dilkeluarkan oleh MPKj adalah diatas kesalahan melakukan pengubahsuaian tanpa mengemukakan pelan ke Jabatan Kawalan bangunan.



Horas! akui, mendirikan bangunan tambahan atau memasang 'awning' (cucur atap) tanpa mengemukakan pelan kepada pihak MPKj adalah satu kesalahan. Horas! tidak nafikan itu...yang salah tetap salah.

Tapi cuba rakan-rakan pembaca sekalian bayangkan, setelah hampir 10 tahun penduduk melakukan pengubahsuaian keatas kediaman masing-masing, barulah sekarang mahu dikompaun dan diarahkan untuk mengemukan pelan?. Mengapa tidak dari awal lagi kompaun dan arahan mengemukakan pelan dikeluarkan?

Baiklah, mungkin ada yang akan mengatakan semasa penduduk melakukan pengubahsuaian berkenaan BN yang berkuasa di Selangor dan bukannya Pakatan Rakyat. Tapi mengapa kerajaan Pakatan Rakyat yang ada sekarang tidak menguatkuasakan undang-undang tersebut selepas mereka mentadbir negeri Selangor pada tahun 2008? Mengapa dipenghujung tahun 2011 baru mahu dikuatkuasakan dan apa pula alasannya?

Sepatutnya kalau benar-benar tegas dalam melaksanakan tanggungjawab dan menguatkuasakan undang-undang, kompaun tersebut akan mereka keluarkan sebaik sahaja mereka berkuasa dan Ronnie Liu menjadi EXCO Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan. Bukannya sekarang.

Sungguh kerajaan Pakatan Rakyat tidak berhati perut dan tidak memikirkan masalah rakyat. 

Umat Islam baru saja meraikan Eidulfitri dan sudah tentu banyak wang yang terpaksa mereka keluarkan bagi memenuhi keperluan keluarga dan diri sendiri. Hujung tahun ini pula, sekali lagi mereka terpaksa menyediakan perbelanjaan bagi melengkapi keperluan sekolah dan pembelajaran anak-anak dan kini MPKj pula tampil 'merakyatkan ekonomi' dan mempraktikkan 'negara berkebajikan' dengan menghadiahkan mereka kompaun yang perlu dibayar dalam tempoh 14 hari.

Mahu diharap Ahli Majlis berbangsa Melayu dari PKR dan PAS membela nasib penduduk Saujana Impian usah mimpilah. Jangan harap mereka berani melakukannya.

Terbukti kini kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO dahulu lebih berhati perut dan bertimbangrasa. Asalkan tidak mendatangkan bahaya atau mengancam keselamatan, sedikit kelonggaran diberikan kepada penduduk untuk melakukan pengubahsuaian kecil dikediaman masing-masing demi keselesaan mereka sekeluarga.

Apa pun, Horas! harap perkara ini berlaku bukan kerana MPKj atau kerajaan negeri sudah kehabisan wang, dan untuk mencari pendapatan segera maka kesalahan kecil yang sebelum ini mereka sendiri tidak endahkan dikenakan kompaun.

Tambahan pula Ahli Majlis MPKj dari DAP cukup cekap membalun duit. Peruntukan MPKj dibalun, tapi keperluan yang sepatutnya disediakan melalui peruntukan tersebut tidak diadakan. Ini bukan cakap kosong tapi terbukti melalui dokumen dibawah yang Horas! ambil dari rakan blogger badutrakyat.



Untuk pengetahuan rakan-rakan pembaca sekalian, si kertu Lee Kee Hiong ini cukup biadab dan amat suka menengking, menyergah serta meninggi-ninggikan suara selain menunjukkan kuasanya kepada kakitangan MPKj. Klik disini.

Dan akhir sekali Horas! harap taman-taman perumahan lain yang berada dibawah 'jajahan dan taklukan' MPKj dan dihuni oleh majoriti masyarakat Cina juga turut menerima kompaun dan notis amaran tersebut sekiranya mereka turut melakukan kesalahan yang sama.

Jangan buka mata dikawasan Melayu sahaja, tapi dikawasan Cina MPKj diarahkan pula untuk pejam mata serapat-rapatnya.



1 comment:

Anonymous said...

Tu kalau k'jaan BN yang buat depa kata zalim. Tp klu depa pulak yg buat depa kata menguatkuasakan undang2. Haprak punya Pakatan.