Biawak, spesis yamg paling pandai berlakon dan berpura-pura tenang. Cuba perhatikan bila biawak berjalan. nampak tenang dan konsisten. 'Slow and steady' bak kata orang. Tapi cuba diacah sedikit, masa tu baru kita boleh tengok karakter biawak yang sebenar kelam kabut dan lintang pukang dia cabut.
Dalam masyarakat kita, manusia yang kuat memutar, kuat menipu, hari ini cakap lain...esok lain atau sebagainya digelar sebagai berlidah biawak. Mungkin itu diambil dari sifat lidah biawak yang bercabang.
Biawak sebenar bersarang didalam lubang dan dicelah-celah kayu besar. Dimana pulak manusia berlidah biawak ini bersarang Horas!?
Jawapannya didalam parti DAP, PKR dan PAS. Tak percaya? Kalau tak percaya cuba tengok bila mereka bercakap. Ada saja benda mahu ditipu dan diputarnya. Cakap mereka pun berpusing-pusing. Hari ini cakap lain, esok cakap lain dan lusanya mereka boleh cakap lain pula.
Yang kelakarnya, dalam bajet 2012 yang dibentangkan oleh PM baru-baru ini, sekumpulan biawak dari PAS mahu menumpang 'glamour' dan mengambil kesempatan menaikkan nama biawak yang mereka angkat sebagai pemimpin mereka.
Kata kumpulan biawak itu, kerana Mat Sabulah, para bekas anggota tentera sama ada balu, duda dan sebagainya akan mendapat 'durian runtuh' sebanyak RM3,000 setiap keluarga secara one-off. Kata manusia berlidah biawak itu lagi, bekas pejuang itu patut berterima kasih kepada Mat Sabu kerana mengutarakan isu Bukit Kepong dan secara tak langsung nasib mereka terbela. Sumber: haramkahdaily.
Alahai juak-juak PAS oiii!!! mudah sungguh kamu memutar cakap. Dulu bukankah kamu yang mengatakan bekas-bekas tentera dan polis yang berjuang menentang pengganas komunis itu PENGKHIANAT dan ANJING BRITISH? Bukankkah kamu juga yang melompat-lompat menyokong Mat Sabu bila dia mengatakan komunislah sebenarnya pejuang kemerdekaan dan hero sebenar?
Sepatutnya kamu semua bantah sekeras-kerasnya 'durian runtuh' yang diberi oleh kerajaan kepada bekas anggota keselamatan itu. Iyalah, buat apa dihulurkan bantuan dan dibazirkan wang kerajaan kepada manusia atau keluarga mereka yang kamu gelar dan iktiraf sebagai PENGKHIANAT dan ANJING BRITISH?
Tapi biawak akan tetap biawak. Kalau dulu mereka nafikan jasa dan pengorbanan anggota keselamatan yang sanggup berkorban nyawa menentang keganasan komunis, hari ini mereka iktiraf pula.
Dan yang kelakarnya, mereka kata 'durian runtuh' yang diberi oleh kerajaan kepada bekas anggota itu adalah kerana jasa mereka membangkitkan isu Bukit Kepong...walaupun yang sebenarnya dalam isu Bukit Kepong tersebut, pemimpin mereka jelas menghina dan menafikan pengorbanan anggota keselamatan.
Berbelit tak?
1 comment:
Puak PAS ni mmg muka tak tau malu. Makin meluat aku dgn perangai depa ni.
Post a Comment