Tuesday, October 18, 2011

Klip Video 'Undilah': Apa Maksudnya Bila 'Maskot' Itu Disuruh Berdiri Disisi Gambar DS Najib?


Maskot apakah itu? Buaya? Haiwan pra-sejarah aka dinasour? atau lintah? Tidak kisahlah apa jenis binatangnya, tapi Horas! yakin ada mesej tersembunyi yang cuba disampaikan disitu..

Kalau ikut pandangan dan tafsiran selangordaily, ianya adalah seperti berikut:
"Pada minit 3.36 pula visual menunjukkan poster 1Malaysia gambar YAB Perdana Menteri dan tulisan ‘Rakyat Di Dahulukan’. Terdapat satu maskot seakan-akan lintah sedang bergoyang-goyang dihadapan wajah YAB Perdana Menteri. Jika ditafsirkan, mesejnya amat jahat iaitu menggambarkan pemimpin tertinggi Negara dengan Lintah yang bersifat penghisap darah." 
Penerbit Eksekutif klip video berkenaan ialah Pete Teo dan diarahkan oleh Benji Lim. Namewee, anak cina yang dikatakan amat kreatif dan kononnya pendokong kuat gagasan 1Malaysia pula bertindak sebagai komposer. Liriknya ditulis secara bersama oleh Pete Teo, Afdlin Shauki, Sassi.Tharan Rajoo dan Namewee sendiri.

Klip video yang dimulakan dengan ucapan Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) yang antara lain mengatakan negara ini banyak masalah (mungkin masalah itu tidak wujud kalau beliau menjadi PM dahulu atau masalah itu selesai jika Anwar menjadi PM dimasa akan datang) telahpun dilarang daripada disiarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Kita semua boleh faham jika pemimpin PR tidak berpuashati, melenting atau tidak bersetuju dengan tindakan SKMM itu. Tapi yang anehnya, Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang bijaksana, Khairy Jamaluddin (KJ) turut sama tidak berpuashati.

Kata KJ, tindakan SKMM tersebut satu tindakan yang tidak wajar selain merosakkan imej kerajaan Barisan Nasional (BN). Butakah matahati KJ untuk menilai dan membaca maksud tersembunyi yang cuba disampaikan melalui video klip tersebut yang boleh dikatakan cuba merosakkan imej BN?

SKMM pun satu hal. Mereka cukup pantas mengambil tindakan keatas klip video 'Undilah' tapi buat tak tahu pula dengan video klip 'Negarakuku' ciptaan Namewee yang jelas menghina negara, azan subuh serta orang-orang Melayu walaupun telah banyak laporan polis dibuat berkaitan klip video tersebut.

Itu belum dikira dengan video klip Namewee yang lain seperti 'Fuck TNB Malaysia' dan ‘Fuck Racism Malaysia, Nah!!! Sucks Banana!!!' yang penuh dengan kata kesat dan mencarut-carut itu. 

Dan KJ pula tidak mahu mendesak SKMM mengambil tindakan keatas video-video klip ciptaan budak yang diiktiraf kononnya sebagai kreatif yang Horas! sebutkan itu.

Untuk membaca kupasan tentang video klip 'Undilah', rakan-rakan pembaca sekalian boleh klik disini.



2 comments:

Anonymous said...

maskot tu bukan lintah...cuba ko tengok baik2..JERUNG tu... sengaja diletak kan kat najib.. bagi mengambarkan parti melayu UMNO adalah bersifat seperti JERUNG.. nak telan semua... HARAM JADAH punya penerbit undilah tu... puak2DAPig memang haram jadah!!! dan NAMEwee memang khinzir haram!!

Anonymous said...

Mmg jahat agenda yg trsembunyi disebalik videoclip tuh.