Saturday, December 31, 2011

Nasihat Untuk Anggota PDRM, Kalau Dapat Ditangkap...Belailah Mereka Dengan Kasih Sayang.



Ini nasihat ikhlas Horas! untuk anggota-anggota PDRM. Kalau mangkuk-mangkuk ayun lagi ganas diatas dapat ditangkap, janganlah sesekali berkasar dengan mereka.

Kalau mahu menyoal mereka, lakukanlah dengan lemah lembut dan penuh sopan. Jika mereka tidak mahu memberi jawapan yang benar...pujuklah dengan lembut dan penuh kasih sayang. Belailah rambut mereka...dan kalau perlu ciumlah dahi mereka.

Kalau mereka berdegil, tidak mahu memberi kerjasama dan bertindak kurang ajar...balaslah dengan senyuman yang manis.

Janganlah sesekali dijentik apatah lagi ditampar, ditumbuk atau dilepuk. Peluklah mereka dan bisikkan dengan lembut ketelinga mereka bahawa anda amat menyayangi mereka dan mahukan mereka memberikan kerjasama.

Kalau mahu ditahan reman, janganlah terlalu lama. Sehari dua sudah memadai. Pastikan segala kelengkapan didalam lokap memberikan keselesaan maksima untuk mereka. Jangan sesekali benarkan walau seekor nyamuk pun menggigit mereka.

Kalau perlu, letakkanlah seseorang yang boleh menjaga keselamatan mereka 24 jam sehari untuk memastikan tiada tahanan-tahanan lain yang boleh menyentuh atau mencederakan mereka. Bukan apa, takut nanti tahanan lain yang punya angkara...anda pula yang dituduh melakukannya.

Jika mereka rasa tidak sedap badan atau nampak tidak sihat, cepat-cepatlah dihantar kehospital untuk diperiksa oleh doktor. Jangan biarkan mereka berjalan sendiri...sebaliknya dukunglah mereka. Didalam perjalanan ke hospital...urut-urutlah badan mereka dengan lembut.

Ingat! jangan sesekali berkasar dengan mereka, kerana pada bila-bila masa sahaja mereka boleh berada dipihak yang benar serta teraniaya jika Pakatan Haprak masuk campur dan membela mereka. 

Malah mereka boleh diangkat sebagai 'Hero' dan anda serta kerajaan akan dicop sebagai zalim, ganas, jahat dan tidak berhati perut. 

Kes ini mungkin boleh dijadikan contoh...klik disini.



2 comments:

Anonymous said...

sial punya keling penyamun....

nonbal said...

Memang baik saranan horas ni kepada PDRM, ini bersesuaian dengan salah satu kehendak SUHAKAM. Mengikut suhakam, pihak POLIS, Jab. Penjara, dan lain-2 agensi penguatkuasa adalah disarankan agar menterjemahkan kempen adab sopan, terutama bila berhadapan dengan penjenayah. Contohnya, jika ingin bertanya kepada suspek yang ditangkap, maka kata-2 yang lunak dan bersopan harus dipraktikan. Soalan-2 yang berbentuk provokasi dan agak kurang sopan adalah dilarang. Ini ditakuti akan menguris perasaan dan emosi kepada suspek. banyakkan senyuman dan kata-2 manis adalah menjadi kunci kepada suspek untuk berkerjasama. Suspek adalah manusia yang harus dihormati dan disanjung.