Thursday, April 11, 2013

Apabila Kalimah Allah Digunakan Kristian: Kisah Pengalaman Pelajar Malaysia Di Indonesia.




Just nak kongsi pengalaman sepanjang lebih 5 tahun tinggal dan belajar di Indonesia. Saya tidak berniat memburukkan Indonesia.. They have my respect, dan saya tahu orang2 Indonesia tidak seburuk yang disangkakan di sini.. (orang Indonesia baik dan ramah, pintar dan rajin.. that’s a fact!)

Pengalaman ini saya kongsi supaya orang ramai boleh tahu dan membayangkan implikasinya jika penggunaan nama Allah oleh non-muslim dibiarkan. Di satu sisi memang agak lucu, tapi di sisi lain terdapat keseriusan di dalamnya 

Aku ingat satu hari aku bukak TV perdana dia pastu tengok satu program.. Aku ingat ceramah agama lah.. dia punya penceramah punya semangat berkobar2.. “Kita semua sudah berdosa! Allah Maha Kuasa! Allah Maha Penyayang! Kembalilah kita semua ke jalan Allah! (aku dalam hati, Alhamdulillah.. bagus!) pastu tak pasal2 dia sambung “Kembalilah ke Yesus Kristus dan Bunda Maryam!” aku langsung tergolek… astaghfirullah! ceramah Kristian rupanya..

Satu lagi kenangan aku kat Indonesia, kalo baca surat khabar sana nanti ada slot obituaries: “Telah Kembali ke Rahmat Allah, Sdr. XXX pada XXX Semoga ruh beliau dicucuri rahmat Allah” Bila tengok balik nama yang mati Eduardus, Kristus, Paulus, etc. (nama org Kristian) pastu ada salib diikuti tulisan kecik “ash to ash, dust to dust, fade to black”… tergolek lagi aku..

Satu lagi cerita aku kat Indonesia, satu hari aku ‘bermusafir’ lah ke daerah Jawa Barat naik motor, pastu nak berhentilah solat.. aku toleh ke kiri kanan jalan cari masjid.. Pastu aku nampak ada signboard kalimah Allah (dlm arab!) pastu ada banner “Ayuh kerjakan kewajipan kita kepada Allah dan agamanya!” aku pun pergilah dekat.. tup2 aik, awat lain macam tempat ni, siap ada patung jesus kena salib??!! Tergolek lagi aku.. lah.. gereja Kristian rupenye.. 

Satu lagi kat sana nak beli buku-buku agama kena hati-hati.. Aku dulu pernah ‘usha’ buku kat kedai buku..

Ada satu buku aku tak ingat persis tapi tajuk buku dia lebih kurang camni: “Memantapkan Iman Anda Kepada Allah” bila bukak2 browsing per helai aku start confuse, amacam lain macam aje ayat2 dan hadis dia.. Aku tengok balik lah.. ayat2 kutipan dari Bible.. tergolek aku lagi.. lah, buku dakwah Kristian rupanya.. risau gak klu jadi camni kat M’sia

Moral dari cerita ini ialah, benda-benda yang di ceritakan oleh pelajar ini tidak mustahil akan berlaku juga di malaysia 5 ke 10 tahun lagi jika masih terus menyokong tindakan kristian menggunakan kalimah ALLAH dalam setiap urusan ritual agama mereka.

Jadi korang semua fikir-fikirkan lah yang baik buruknya.

Sumber: FB

4 comments:

Anonymous said...

Salam, terima kasih atas pendedahan ini. TOLONGLAH KITA PELIHARA KALIMAH ALLAH DI NEGARA KITA.. SAYA AMAT TAKUT DGN KEMURKAAN ALLAH BILA ELEMEN SYIRIK PD TUHAN YANG ESA INI MENULAR.. TIDAK ADA APA LAGI YANG HEBAT MELAINKAN BALA DAN MUSIBAH AKAN TURUN KERANA ALLAH SWT TELAH BERIKAN KITA HIDAYAH DN ILMU JANGAN KITA PALINGKAN!!

SAMA2LAH KITA MEMELIHARA AQIDAH.. PILIHLAH KERAJAAN YANG RENDAH MUDHARAT. JANGAN KITA MENAMBAH DOSA DGN MENGUNDI PIHAK YG SUDAH JELAS MENGHINA KALIMAH ALLAH.. TOLAKLAH MEREKA SBG TANDA KITA BERIMAN DGN ALLAH SWT!

AMiiN

Anonymous said...

InsyaAllah..moga kita umat islam terpelihara akidah kita.
Sekarang kita blh mendabik dada mengatakan soal akidah itu tak penting berbanting soal kepartian, tapi ingatlah anak2 generasi akan datang..
Hilang akidah rosak agama.

Anonymous said...

ALLAHUAKBAR

Cubalah kita bayangkan...akibat daripada kita menyokong PAS DAp PKR..
terjadi BEGINI dan akibatnya ramai anak anak muda MALAYSIA ISLAM menjadi KAFIR...
BOLEHKAH kita menjawab di hadapan ALLAH akan apa yang telah kita lakukan ???? MASYAALLAH NAUZUBILLAH

nizamNRU said...

ingat tsunami? macamana hanya Masjid sahaja yg tidak tumbang / roboh sedangkan keadaan bangunan sekelilingnya habis dihanyutkn arus tsunami tersebut? SubhanAllah...
di seberang sana tu sememangnya kebebasan telah berada ditahap melampau! nama macam beragama Islam tp yg sebenarnya kristian! kahwin plak boleh main sukahati antara agama yg ada! macam cerita shahrukhkhan tu ygmana dgn terang lagi jelas dlm tu dia bgtau bininya kristian tp dia mengaku Islam...
sendiri ada akal kurniaan ALLAH sendiri fikirlah mana yg baik atau buruk...