Wednesday, April 17, 2013

Dari Pena Calon BN DUN Semenyih, Datuk Hj Johan Abdul Aziz


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 1Malaysia. 
Dengan penuh kesyukuran terhadap-Nya dan keinsafan, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh masyarakat Semenyih dan Hulu Langat amnya kerana telah memberikan sokongan, kerjasama, nasihat, teguran dan sebagainya sepanjang saya berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor dari 2008-2013. 
Sepanjang tempoh itu, saya telah berusaha sedaya upaya melaksanakan tanggungjawab saya kepada seluruh masyarakat tanpa mengira latar belakang, bangsa dan juga agama. 
Saya sungguh terharu dan gembira dapat menyumbangkan bakti kepada tuan puan tanpa mengira penat lelah. 
Kepada pengundi dan penyokong saya, selain ucapan terima kasih yang tidak terhingga, saya bertekad untuk terus berkhidmat sebagai Wakil Rakyat Semenyih dan terus "Gigih Berusaha, Tekad Berbakti, Amanah Dipenuhi". 
Saya juga memohon maaf andainya sepanjang lima (5) tahun lalu, terdapat kesilapan pertuturan atau tingkah laku yang tidak saya sedari. 
Di ambang PRU13 ini, saya merayu kepada tuan puan untuk terus menyokong Barisan Nasional demi kesinambungan kemakmuran negara Malaysia yang tercinta. Saya akan berkhidmat dan berbakti kepada tuan puan semua, Insya Allah. 
Salam hormat dan laksanakan tanggungajwab tuan puan untuk keluar mengundi pada 5 Mei 2013. Tunaikan tanggungajwab anda dengan bijak. "Sayangi Selangor Yakini BN".




4 comments:

nizamNRU said...

tahniah datok
semoga memperoleh kemenangan lagi dlm GE13 ni :)

shah_kajang said...

Insyaallah..bn akan menang..

shah_kajang said...

Insyaallah datuk...kita akan memastikan semenyih kekal di tangan BN

Sultanah said...

Salam Datuk,,td sy mengundi di SK Semenyih,D24,,bila sy bandingkan sekolah tu dgn SK(C), di sebelah sekolah u amatla berbeza,,memang benar PIBG sekolah Cina selalunya lebih aktif dan banyak peruntukan..Sy harap lepas ni Datuk or wakil bahagian di area tu tologla tingkatkan imej sekolah SK Semenyih tu,,,tologla cat, tanam pokok2, tukar dinding2 dan zink2 usang, kotoran di bersihkan, kerusi n bangku diperbaiki,,ini kerusi kat laman pun sy tengok masih zaman tok kaduk lagi,,,alahaiii,,anyway Sayangi Selangor,,Hidup BN,,,!!!