Friday, April 19, 2013

Hot Dari Hulu Langat: Ahli PKR Kajang Dah Mula Turunkan Bendera Parti Mereka.




Calon PKR yang bakal bertanding dalam PRU13 di DUN Kajang nanti ialah Lee Chin Chen.

Tapi menurut sumber Horas!, akar umbi PKR Kajang tak setuju dan tak puas hati dengan pencalonan Lee Chin Chen ini. 

Alasan mereka, Lee Chin Chen yang baru 3 tahun menyertai PKR dan datangnya pulak dari Petaling Jaya tak layak untuk bertanding menjadi wakil rakyat mereka.

Mereka berkeras mahu penyandang sebelum ini (Lee Kim Sin@Cikgu Lee) dikekalkan.

Malah PAS Kajang juga dikatakan turut tidak bersetuju dan memberi amaran akan memboikot kempen Lee Chin Chen. PAS Kajang akan turun membantu hanya jika Cikgu Lee kekal mencadi calon.

Sebagai tanda protes, sudah dua hari ahli PKR mula menurunkan bendera parti mereka di beberapa kawasan. Ada juga beberapa bilik gerakan yang turut ditutup.

Kata mereka, kalau Lee Chin Pee tetap mahu bertanding di DUN Kajang, pasang sendiri bendera-bendera PKR dan jaga sendiri bilik-bilik gerakan parti.




No comments: