Tuesday, April 16, 2013

Kopiah Tak Lekang Di Kepala, Tapi Kerjanya Menipu & Buat Fitnah.



Kalau tengok gambar mamat poyo ni dalam FB dia...kopiah memang tak pernah lekang dari kepalanya.
Belajar pun sampai ke Mesir..

Tapi perangai....hancur beb!.

Rupanya dalam kepala dia yang dicover dengan kopiah tu sentiasa ligat mencari jalan untuk menipu dan membuat fitnah.
Menipu dan membuat fitnah ibarat dah jadi makanan jiwa dia.

Itu pasal Horas! selalu nasihatkan kawan-kawan, jangan nilai manusia dari luarannya saja. Jangan ingat orang yang nampak alim dengan kopiah tak lekang dikepala tu baik. Silap-silap perangainya berpuluh kali ganda lagi buruk dari orang yang tak 24 jam berkopiah.

Apa fitnah mamat poyo diatas?

Tengok kat bawah ni....



Dalam FBnya dia kata bilik gerakan PAS di Dusun Tua disimbah dengan cat merah oleh penyokong-penyokong UMNO.

Dan cerita bilik gerakan PAS disimbah dengan cat merah oleh penyokong UMNO yang dia sendiri cipta itu dijajanya kehulu kehilir. Tersenyum suka dia bila ramai orang yang marah dengan UMNO.

Sebenarnya tak ada mana-mana penyokong UMNO pun yang simbah cat merah dalam bilik gerakan PAS di Dusun Tua.

Cara dan budaya politik macam tu tak pernah wujud di Dusun Tua dan penyokong-penyokong dan jentera  UMNO tak pernah kacau bilik gerakan PAS...

Kalau rakan-rakan pembaca tengok betul-betul dalam gambar diatas, akan nampak sebuah (errr...sebuah ke sekeping?) tilam tersandar didinding bilik gerakan PAS tersebut. Dan kalau rakan-rakan pembaca sekalian nak tahu...tilam itulah yang menjadi punca mengapa bendera PAS dibilik gerakan tersebut terkena cat merah.

Mengapa pulak tilam jadi puncanya?

Macam ni kisah sebenarnya.....seperti yang diceritakan oleh sumber Horas! yang tinggal di Dusun Tua.

Selepas banjir besar melanda Hulu Langat dulu, kerajaan pusat ada turun menghulurkan bantuan pada mangsa-mangsa yang terlibat. Tak kiralah kau orang PAS ke, orang PKR ke, orang DAP ke...semua dibantu sama rata. 

Selain bantuan wang tunai..mangsa-mangsa terlibat turut dibantu dengan keperluan-keperluan asas lain seperti barangan makanan, dapur gas, selimut, pakaian dan bermacam-macam lagi...termasuklah tilam. Maka ramailah ahlul-ahlul PAS yang memikul tilam free balik kerumah.

Mungkin kerana tidak digunakan dirumahnya, salah seorang dari penyokong PAS telah membawa tilam yang diperolehinya masa pemberian bantuan banjir dulu ke bilik gerakan PAS di Dusun Tua. Tujuannya biar jentera PAS boleh tergolek berbaring lepas penat pasang bendera nanti.

Tapi entah macam mana, ada pulak seorang totok PAS yang ternampak ada gambar DS Najib ditilam tersebut dan dia terus naik angin. Biasalah totok PR, kalau nampak gambar DS Najib macam dirasuk syaitan. Kalau tak dikoyak, dipijak-pijak, kalau tak dipijak-pijak..dibakar pulak. Yang sampai tahap nak berakkan gambar DS Najib pun ada


Berbalik pada kisah totok PAS yang tiba-tiba naik angin satu badan tu...tak semena-mena diambilnya cat merah yang ada berdekatan dengannya dan terus disimbahkanya pada gambar DS Najib diatas tilam yang tersandar didinding bilik gerakan PAS tersebut. Kebetulan diatas lantai tempat tilam itu tersandar ada sehelai bendera PAS..lalu terkena sekali dengan cat merah yang disimbah.

Selepas tu mereka tertawa beramai-ramai.

Bila dah reda ketawa, ada pulak yang dapat ilham jahat dari syaitan yang tok guru mereka kata boleh dijadikan sahabat untuk menumbangkan UMNO.. Diambilnya bendera yang dah terkena cat merah tersebut dan digantungnya didinding bilik gerakan mereka. Tujuannya biar nampak bilik gerakan mereka macam disabotaj dan dilempar dengan cat merah. 

Dan budak poyo berkopiah dalam gambar diatas pun mula lah memainkan peranannya dengan memasukkan gambar kononnya bilik gerakan PAS Dusun Tua dilempar cat merah didalam FBnya. Siap terang-terang tuduh UMNO yang buat.

Tengok saja komen rakan budak poyo berkopiah yang tau kisah tu tak betul dan tau ianya hanyalah kelentongan rakannya...siap plan nak buat fitnah yang lagi dahsyat tu.

Inilah jahatnya perangai puak-puak PAS. Asal ada peluang nak fitnah UMNO...mereka akan buat. Kalau ramai yang percaya dengan fitnah yang mereka cipta...lagi mereka suka.

Itu pasal kalau rakan-rakan pembaca tengok bendera PAS dan dinding bilik gerakan tu tak ada kesan cat merah meleleh. Takkan dibilik gerakan PAS tak ada daya tarikan graviti pulak kot? Logiknya kalau cat dilempar kedinding mesti ada kesan meleleh kebawah. Tapi dalam gambar tu langsung tak ada kan?.

Contohnya macam yang penyokong PR buat di pejabat UMNO Bandar Tun Razak....






11 comments:

Anonymous said...

Kupasan yg logik dan masuk akal..tahniah tuan blog.

Anonymous said...

Berserban dan berketayap 24 jam tak mencerminkan hatinya suci dan bersih kerana itu berupa topeng yg menutup kejelikan dan dajal yg bersarang dlm jiwanya.. kesian! budak yg masih muda ini dah tertanam sifat syaitan dan iblis yg terlaknat! Kalau pemimpin mereka yg berlagak kononya alim pun boleh main pelacur, apa nak dihairankan dgn budak mentah serba dungu ini!! Kesian mak bapak yg mempunyai anak tak cukup sifat mcm ni!

Anonymous said...

klu benar kejadian tu fitnah bermakna dia dah berdosa pada seluruh ahli UMNO. Katakanlah dia insaf dan memohon maaf, dan malangnyaa hanya sebahagian shj ahli UMNO yg rela memaafkan, maka nerakalah tempatnya nti.

MELAYUJATI said...

DEpa ni mana tau syurga neraka, kalau tak takkan sanggup memfitnah, iaitu mengada ngadakan cerita dan mengadu domba, ada pula yang sanggup berzina walaupun sudah tua.

Anonymous said...

Bendera tu dorg spray ker simbah cat.. Skit pon xtumpah gi dinding hehe...

Anonymous said...

kaum yahudi juga berketayap di24/7.

Anonymous said...

ini semua bakal2 ulamaq fitnah yang dijana oleh parti agama sesat. entah apa yang depa belajor kat mesir. jangan2 drop-out kot. apa tak nyer, mak bapa hantar untuk belajar tapi sibuk berdakwah agama sesat.

Anonymous said...

kat tilam tuh pun nampak ada kesan cat merah. Bodoh betol lah kepala hotak depa nih. mak bapak suruh pi sekolah panjat pagar cari rokok. dah habis sekolah camtuh ler jadinya.

Anonymous said...

Apa nk heran? Ini semua hasil didikan dan tarbiah drpd Nik Aziz & Abd Hadi! Hasilnya mesti hebat!

Diaorg ni rasa syurga tu milik PAS, jd nk memfitnah ke nk kuar fatwa songsang ke pd mereka x salah!

Anonymous said...

penganut pas..otak kurang dari lembu..

Anonymous said...



jangan sebut syurga neraka, orang yang anggap diri alim pun tak takut berdusta! atau dia ingat dia dikecualikan dari dosa...