Friday, April 19, 2013

Parlimen & DUN Di Hulu Langat: Calon-Calon Yang Bakal Bertanding Dan PR Bergaduh Sesama Sendiri


P101 Parlimen Hulu Langat
 Adzhaliza Mohd Nor                     Dr. Che Rosli Che Mat

BN menampilkan muka baru untuk bertanding di Parlimen Hulu Langat. Adhaliza Mohd Nor yang juga seorang peguam akan bertanding menentang calon PAS, Dr. Che Rosli Che Mat yang dikekalkan untuk penggal kedua di Parlimen Hulu Langat.

Info Keputusan PRU 12 P101
Jumlah Pengundi: 90,319
Peratusan Kaum: M:52.68% C:36.15% I:10.55% L:0.83%
1. Che Rosli Che Mat (Pas) (36,124)
2. Datuk Markiman Kobiran (BN) (34,379)
Majoriti: 1,745
Jumlah undi: 71,904
Peratus mengundi: 79.61%
Undi rosak: 1,401
Penyandang: Datuk Markiman Kobiran (BN)
(Majoriti: 22,777 undi)



N24 DUN Semenyih
                               Johan Abd Aziz         Hamidi A Haasan         S. Arutchelvan

BN mengekalkan Datuk Hj Johan Abdul Aziz untuk bertanding di DUN Semenyih bagi penggal kedua. Manakala PKR pula meletakkan muka baru yang juga Ketua PKR Cabang Serdang, Hamidi A Haasan.

Puas Horas! merayap di internet cuba mencari gambar calon PKR di Semenyih ini tapi haram tak jumpa. Gambar Zahid Hamidi banyaklah...

Ketika ini di DUN Semenyih PKR dan rakan sekutunya, Parti Sosialis Malaysia sedang hebat bergasak dan bergaduh.

Setiausaha PSM, S. Arutchelvan yang bertanding dalam PRU12 di DUN Semenyih membantah tindakan PKR mencalonkan Hamidi A Haasan disitu.

Sehingga kini perbalahan merebut kerusi DUN Semenyih antara PKR dan PSM masih tidak selesai atau mencapai kata putus.

Oleh kerana bantahannya tidak diendahkan oleh pucuk pimpinan PKR, S. Arutchelvan berkemungkinan besar akan turut bertanding disitu dan menjadikan DUN Semenyih bakal mengadapi pertandingan  tiga penjuru.

Info Keputusan PRU 12 N24 Semenyih
Jumlah Pengundi: 28,203
Peratusan Kaum: M:53.7% C:28.8% I:17.1% L:0.4%
1. Johan Aziz (BN) (11,588)
2. S. Arutchelvan (PKR) (10,448)
Majoriti: 1,140
Jumlah undi: 22,580
Peratus mengundi: 80.06%
Undi rosak: 544
Penyandang: Datuk Ahmad Kuris Mohd. Nor (BN)
(Majoriti: 7,855 undi)


N23 DUN Dusun Tua
                                          Ismail Sani                                Razaly Hasan

Selain Datuk Hj Johan Abdul Aziz, BN turut mengekalkan Tuan Hj Ismail Sani untuk penggal kedua di DUN Dusun Tua. Beliau akan bertanding menentang calon baharu dari PAS, Hj Razali Haasan yang juga YDP PAS Kawasan Hulu Langat.

Info Keputusan PRU12 N23 DUSUN TUA
Jumlah Pengundi: 32,248
Peratusan Kaum: M:57.4% C:35.1% I:6.6% L:0.9%
1. Ismail Sani (BN) (13,542)
2. Mohd. Sani Hamzan (Pas) (11,579)
Majoriti: 1,963
Jumlah undi: 25,580
Peratus mengundi: 79.32%
Undi rosak: 459
Penyandang: Rahmad Musa (BN)
(Majoriti: 9,043 undi)

N25 DUN Kajang
Lee Ban Seng                                  Lee Chin Pee

Mencari muka calon PKR DUN Kajang ini pun cukup susah. Ada yang mengatakan nama calon PKR ini Lee Chin Chen, ada yang kata Lee Chin Ming. Web Selangorku pulak kata Lee Chin Pee. Lantak kau lah!

BN meletakkan calon baharu untuk bertanding di Kajang iaitu Pengerusi MCA Hulu Langat...Lee Ban Seng yang cukup mesra dengan pengundi-pengundi Melayu.

Sama macam yang berlaku di Semenyih, PKR Kajang juga tengah heboh bergasak sesama sendiri ketika ini.

Majoriti ahli akar umbi PKR Kajang menolak Lee Chin Chen/Ming/Pee dan mahukan Lee Kim Sin@ Cikgu Lee dikekalkan untuk penggal kedua.

Sebagai tanda protes, banyak bendera-bendera PKR yang telah diturunkan disekitar kajang dan ada juga bilik gerakan mereka yang ditutup. Semakin amai akar umbi PKR yang terang-terang berani mengatakan tidak akan mengundi calon PKR di Dun mereka ini.

Bantahan akar umbi PKR tersebut turut disokong oleh PAS Kajang. PAS dikatakan telah memberi amaran akan memboikot semua kempen calon PKR ini di Kajang. Mereka akan turun membantu hanya jika Cikgu Lee dikekalkan.

Bagus lah PAS....kuat-kuat lagi bakar line kasi panas.

Info Keputusan PRU12 N25 Kajang.
Jumlah Pengundi: 29,868
Peratusan Kaum: M:46.6% C:44.1% I:8.7% L:0.6%
1. Lee Kim Sin (PKR) (13,220)
2. Datin Paduka Low Lee Leng (BN) (9,952)
Majoriti: 3,268
Jumlah undi: 23,732
Peratus mengundi: 79.46%
Undi rosak: 560
Penyandang: Low Lee Leng (BN)
(Majoriti: 2,773 undi)



7 comments:

ManBonda said...

Den dan anak beranak den totap ngan BN..hidup BN

Anonymous said...

Hidup umno hulu langat!

Anonymous said...

nasihat sy,kpd yg dulu memberi undi protes pd BN,kini kembalikn undi kpd Pasukan Transformasi BN.Berikn mandat 2/3 dan naikkn jumlh peratusan undi popular kpd BN..Undilh Barisan Nasional

Anonymous said...

yeahhh..kekalkan dun kajang..kekalkan selangor!!

Unknown said...

Cikgu Lee ok la..hahahaa.. Si jeffry tu APTB.. Hahha

Unknown said...

Cikgu Lee ok la..hahahaa.. Si jeffry tu APTB.. Hahha

irfan chip said...

Saya berasal dari Kajang. Untuk pengetahuan semua, cikgu Lee tu mmg baik orangnya. Kami orang2 melayu mmg suka dia sbb dia baik dgn PAS dan rapat dgn orang Melayu di Kajang dan Bangi. Walaubagaimanapun calon baru PKR juga tidak ada apa2 keburukan padanya, dan PKR kajang seharusnya memberikan sokongan yang padu kepadanya.