Wednesday, June 22, 2011

Panas!!! PAS Anjurkan Munajat Perdana Mohon Allah SWT Restui Usaha Ambiga.



Dewan Ulama PAS akan mengadakan Munajat Perdana di seluruh negara sempena himpunan aman Bersih 2.0 yang diketuai oleh Ambiga yang dijadualkan pada 9 Julai ini.

Semua Dewan Ulama Negeri diminta untuk menggerakkan dan merialisasikan munajat perdana tersebut. Dalam munajat perdana itu nanti Dewan Ulama PAS meminta pemimpin, ahli dan pendokong parti berkenaan berdoa kepada Allah SWT bagi menghadapi tipu daya dan kejahatan oleh pihak-pihak tertentu.

Mungkin maksud 'pihak-pihak tertentu' itu merujuk kepada UMNO dan NGO-NGO yang menentang demonstrasi yang dianjurkan oleh Ambiga dan konco-konconya.

Nampaknya PAS masih lagi tidak berhenti untuk melelong agama demi kepentingan politiknya. PAS sanggup melakukan apa sahaja, termasuklah bersekongkol dengan Ambiga yang terang-terangan cuba menjahanamkan Islam dinegara ini.

Jika begitulah keadaannya, alang-alang dah terlampau sayang kepada Ambiga, eloklah dalam munajat perdana itu nanti PAS doakan sekali agar usaha Ambiga untuk menjahamkan Islam melalui IFC (Inter Faith Commission) dapat dijayakan.

Apa usaha wanita Hindu berkenaan untuk menjahankan agama Islam yang menjadi agama rasmi dan diberi keutamaan di negara yang kita cintai ini? Mari kita lihat satu persatu.
1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam. 
2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang. 
3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil. 
4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam. 
5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang. 
6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak. 
7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya. 
8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid. 
9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya. 
10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka. 
11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah. 
12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing. 
13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam. 
14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
Begitulah perangai puak PAS. Mereka mengambarkan diri mereka sahaja yang suci murni dan lebih Islam daripada pihak lain. Tapi dalam masa yang sama apa pun mereka sanggup buat asalkan mendapat sedikit kuasa. 

Kalau dengan syaitan yang dilaknat Allah pun PAS sanggup bekerjasama dan berkawan inikan pulak lah setakat dengan Ambiga. 

Kepada sesiapa yang nak mula berjinak-jinak dengan PAS atau mahu menyertai demonstrasi Bersih 2.0, eloklah fikir semasak-masaknya terlebih dahulu. Jangan sampai anda terperangkap dengan perkara yang boleh menjahanamkan agama sendiri.

PAS?...

Biarkanlah mereka terjun dengan labu-labunya.



3 comments:

Anonymous said...

Kembanglah jubur Ambiga...PAS doakan dia. Sami sami di kuil Batu Cave doakan dia tak??

Teruknya PAS, dah melalut dah..dah tak tentu arah.

Anonymous said...

PAS TIU SESAT DAN YANG SESAT ITU ADALAH PAS.

Horas! said...

Mengapa PAS suka tunduk pada pihak-pihak yang anti Islam? DAP anti Islam...Ambiga pun anti Islam.

Agaknya, mungkin itu cara PAS untuk menangi hati bukan Melayu/Islam.