Monday, December 26, 2011

Imbas Kembali: Antara Koleksi Video Fitnah UMNO Kepada Anwar.

UMNO memang jahat. Tak sudah-sudah merasa iri hati dan membuat bermacam jenis fitnah kepada Anwar Ibrahim. Mana mungkin Anwar Ibrahim yang warak, suci murni dan serba sempurna melakukan perkara-perkara seperti yang dituduh UMNO.

Video-video dibawah adalah bukti fitnah UMNO kepada Anwar. Dipercayai kesemua lelaki-lelaki yang membawa watak Anwar dalam video dibawah adalah pelakon-pelakon amatur dari Siam yang telah diupah oleh UMNO dengan bayaran-bayaran tertentu.


Video diatas yang merakamkan Anwar Ibrahim tunduk beberapa kali menyembah dan memberi hormat pada mayat Teoh Beng Hock adalah tidak benar sama sekali. Lelaki tersebut sebenarnya bukanlah Anwar Ibrahim melainkan seorang pelakon amatur Siam yang diupah oleh UMNO.

UMNO terpaksa mengeluarkan kos yang agak tinggi untuk membuat video berkenaan kerana terpaksa menggunakan khidmat pakar jurusolek luar negara bagi menjadikan dua orang pelakon tambahan didalam video itu benar-benar menyerupai wajah Azmin Ali dan Nasharudin Mat Isa.

Lelaki yang disolek sehingga menyerupai Salahuddin Ayub pula ketika itu terpaksa berpaling kearah lain dan buat-buat sibuk membelek telefon bimbit kerana solekan dimukanya sudah mula cair akibat cuaca yang panas.

Anwar pada masa dan ketika video berkenaan dirakam sebenarnya berada dirumah sedang makan karipap yang dihidangkan oleh Wan Azizah. Karipap tersebut dibeli oleh Nurul Izzah dari seorang peniaga ditepi jalan ketika dia dalam perjalanan kerumah papanya.


Video diatas yang merakamkan kenyataan Anwar yang menyokong Lina Joy untuk murtad juga adalah tidak benar. Mengikut fakta sebenar, Anwar terlewat sampai ke program temu bual tersebut kerana kereta yang sepatutnya membawa beliau kelokasi rakaman telah rosak ketika dalam perjalanan.

Dipercayai kereta tersebut telah disabotaj dan dirosakkan oleh beberapa orang pemuda UMNO yang telah menerima arahan dari pemimpin atasan mereka. Kelewatan Anwar tersebut telah diambil kesempatan oleh UMNO dengan menghantar pelakon upahan yang menyerupai Anwar dalam program bual bicara berkenaan. BBC pun berjaya ditipu oleh UMNO.

Anwar semasa rakaman tersebut dibuat sebenarnya sedang menunggu kereta lain yang dibawa oleh Saifuddin Nasution. Safuddin agak lewat sampai kerana sibuk memicit jerawat batunya ketika sedang memandu.


Video diatas yang merakamkan Anwar memberi ucapan yang menyokong kalimah Allah digunakan oleh Kristian juga adalah hasil kerja UMNO. Anwar adalah seorang pejuang Islam sejati. Mana mungkin beliau akan membenarkan kalimah Allah yang suci sewenang-wenangnya digunakan oleh penganut-penganut agama lain.

Lelaki yang memberi ucapan tersebut sebenarnya bukan Anwar Ibrahim. Orang ramai yang hadir dalam program berkenaan langsung tidak perasan bahawa mereka telah ditipu hasil kerja jurusolek profesional yang diupah oleh UMNO. UMNO berjaya menipu kesemua mereka hidup-hidup.

Anwar pada masa video ini dirakam sebenarnya berada dirumah dan sedang berbual-bual sambil menikmati kopi dan karipap bersama seorang lelaki bernama Mokhtar.


Video diatas adalah fitnah terbesar UMNO kepada Anwar. Lelaki yang mengawan macam kambing jantan dalam video tersebut sebenarnya bukan Anwar Ibrahim. Dipercayai lelaki didalam video itu juga adalah pelakon Siam yang fizikalnya sebijik macam Anwar yang telah diupah oleh UMNO.

Jangan percaya dengan video diatas kerana Nik Aziz telah pun menjelaskan tentang gangguan syaitan ketika berada dalam jamban dan ketika pasangan suami isteri melakukan persetubuhan. Klik disini. Apa kaitannya kenyataan Nik Aziz dengan video diatas anda kajilah sendiri. 

Anwar pada tarikh dan masa video berkenaan dirakam sebenarnya sedang berada dirumah, sedang mengupdate twitter dan faceboknya. Beliau pada masa itu hanya berkain pelikat tanpa memakai seluar dalam berwarna putih.



5 comments:

Anonymous said...

Muahahahahaha...sinis ni bro.

Anonymous said...

NWAR BOLEH JALAN DAAA...KE BAMBOO RIVER PARADISO!!!!

Anonymous said...

Pergh!!!Ramai betul pelakon siam yg menyerupai ALJUBU ekk!

Macam2 watak boleh bawa....mmg betul2 chameleon betul pelakon tuh.

nonbal said...

Ohhh begitu ceritanye...... hebat-hebat sungguh hebat UMNO, mengalahkan CIA dan KGB. Patutlah orang-orang PAS dan PKR sungguh marah dgn UMNO, rupanya UMNO ni takde kerja lain, asyik-2 nak kenakan diaorang saja. Harap UMNO pi lah cari kerja lain yang lebih berfaedah dan bermanfaat.

Anonymous said...

ramai lagi yg Umno dah buat samaran...n.ajis...mat sabu... dan yg terbaru dengar khabar guan eng pulak (cuma tunggu pelakon dari hongkong sampai dulu)..dasat dan jahat sungguh Umno ni..isk..isk