Thursday, April 7, 2011

Isu Video Seks: Nik Aziz Nyaris-Nyaris Kantoikan Anwar.



Akhirnya wali selipar penjaga Serambi Mekah dan kota suci 'Kota Bahru Bandaraya Islam' membuka mulut berkaitan isu video aksi seks terlarang yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim.

Nik Aziz seperti yang dilaporkan oleh Malaysian Insider berkata beliau meragui Anwar Ibrahim adalah lelaki yang beraksi didalam video seks tersebut. Kata Nik Aziz lagi, beliau difahamkan daripada pemimpin Pemimpin Pakatan Rakyat yang telah menontonnya, video itu tidak memaparkan dengan jelas wajah lelaki dalam video tersebut.

"Kenapa muka tak nampak jelas? Tidak ada fokus ke muka lelaki ini, ini kerja menipu dan Allah akan melaknat orang yang terlibat dalam penyebaran video itu" kata Nik Aziz.

Alahai Tok Guru, kalau dah sampai tahap nak fokus muka dan lain-lain...itu dah macam buat pengambaran filem lucah namanya. Apa yang berjaya dirakamkan tu adalah hasil daripada rakaman kamera tersembunyi yang langsung tak diketahui oleh si jantan gersang yang sedang menggila nak mengawan macam kambing jantan.

Yang menariknya, Nik Aziz menggunakan perkataan 'meragui'. Meragui ertinya was-was. Maknanya Nik Aziz bukan  100% menolak dan tidak mempercayai lelaki dalam video itu adalah Anwar. Tidak mustahil dah terdetik juga didalam hati Tok Guru bahawa lelaki itu adalah Anwar. Tapi bila dah menyedari mulut cabulnya boleh mengantoikan Anwar, maka cepat-cepat Nik Aziz buat konar baring kearah lain.

Beliau bangkitkan pula soal aurat. Kata Nik Aziz, video tersebut sengaja nak dedah aurat orang lain keseluruh dunia, langsung tidak bermoral. "Islam mengajar supaya mengelak daripada gangguan syaitan ketika memasuki tandas atau ketika bersetubuh suami isteri" ujarnya lagi.

Cehhhh! inilah dia contoh ulamak politik yang berputar-putar cakapnya. Orang heboh dan pertikaikan pasal keburukan akhlak dan perbuatan zina sipelakunya, si wali cap bulan pulak sibuk pasal mendedahkan aurat, gangguan syaitan ketika dijamban dan ketika hubungan kelamin suami isteri.

Dosa zina sipelaku dalam video tersebut langsung tak disentuh dan diulasnya. Hentam sajalah Tok Guru...politik punya pasal, mana yang boleh diputar..putarlah.



No comments: