Thursday, April 14, 2011

Alhamdulillah, Ustaz 'Ganas' Akhirnya Didakwa



Horas! pernah menulis tentang kisah seorang pelajar Sekolah Rendah Islam Al-Furqan di Jejawi, Perlis yang dibelasah sehingga koma dan akhirnya meninggal dunia akibat dibelasah oleh seorang ustaz yang juga warden di sekolah tersebut. Disini

Kanak-kanak malang berkenaan hanya berusia 7 tahun ketika kejadian tersebut berlaku. Dalam keadaan tangannya diikat, apalah daya anak kecil itu untuk mempertahankan dirinya daripada perlakuan ganas ustaz terbabit. Sudah pasti anak kecil tesebut hanya mampu menangis sambil meronta-ronta menahan kesakitan yang tak terhingga.

Pemimpin-pemimpin PAS langsung tidak menjerit atau melolong memperbesarkan kes kanak-kanak malang tersebut sebagaimana mereka menjerit-jerit memperbesarkan kes seorang pegawai kanan kastam yang ditemui mati dipejabat SPRM Kuala Lumpur.

Kerana apa pemimpin-pemimpin PAS tidak mahu memperbesarkan kes kematian Allahyarham adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee? Pemimpin PAS bukan sahaja tidak mahu memperbesarkan kejadian tersebut, malah mereka mengatakan ustaz berkenaan seorang yang baik. Jawapnnya mudah, kerana sekolah dimana kejadian tersebut berlaku adalah milik PAS bahkan pengerusi sekolah itu juga adalah seorang YB dari parti berkenaan.

Lihatlah betapa busuk dan kotornya politik PAS. Apabila sesuatu isu itu melibatkan kepentingan parti mereka, maka ianya akan didiamkan begitu sahaja. Tapi jika melibatkan kerajaan atau UMNO, maka mereka tidak akan bertangguh melompat menyerang dari segala penjuru.

Alhamdulillah....hari ini akhirnya ustaz yang sebenarnya hanya sesuai bekerja sebagai tentera Israel ataupun sebagai warden di Kem Tahanan US di Teluk Guantanamo itu didakwa di Mahkamah Majistret Kangar kerana menyebabkan kematian kanak-kanak malang tersebut. 

Al-Fatihah untuk Allahyarham adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee.....

No comments: