Ahli Parlimen dari Parti Keadilan Sejahtera (PKS), Arifinto (gambar) meletak jawatan hari ini ekoran pendedahan kes beliau menonton video lucah semasa persidangan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Jumaat lalu. Beliau yang berhadapan kemarahan ramai berikutan kelakuannya itu berkata, tiada sesiapa memaksanya meletak jawatan dan beliau berbuat demikian demi maruah diri serta parti konservatifnya.
"Saya juga akan memperbaiki diri dengan membaca al-Quran, mendapatkan nasihat guru agama, menderma kepada golongan miskin dan berbuat perkara baik bagi mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat," katanya dalam satu sidang akhbar yang disiarkan di televisyen. Sumber: Utusan Malaysia
Hanya kerana tabiat buruk suka menonton video lucah hingga terbawa-bawa perangai tak senonoh itu sampai dalam persidangan parlimen. Akhirnya mamat ni mengaku dan terpaksa meletak jawatan. Tapi itu di Indonesia. Di Malaysia lain pulak ceritanya.
Kalau di Indonesia ahli parlimen yang terlibat datangnya dari parti Parti Keadilan Sejahtera (PKS), di Malaysia pulak ahli parlimennya datang dari parti Parti keadilan Rakyat (PKR). Elok sangat lah tu, jawatan sama...nama parti pun hampir sama.
Tapi ahli parlimen yang di Malaysia ini bekali-kali ganda lagi hebatnya. Dia bukan kantoi kerana menonton video lucah semasa parlimen sedang bersidang...tapi dia kantoi kerana beraksi dalam video lucah ketika dia sepatutnya berada dirumah bersama keluarga.
Kalau yang di Indonesia berani mengaku salah dan sanggup memikul tanggungjawab dengan mengambil keputusan meletak jawatan. Yang di Malaysia sampai sekarang haram tak berani nak mengaku dan tak mahu bertanggungjawab atas perbuatan buruknya. Nak letak jawatan jauh sekalilah, malah siap bercita-cita nak jadi perdana menteri lagi.
Khaakkkkk ptuihhhhhh! Haprak punya perangai..
No comments:
Post a Comment