Friday, April 8, 2011

Kes Kematian Pegawai Kastam: PAS Berusaha Menangguk Di Air Keruh


Kita semua digemparkan dengan kes seorang pegawai kanan Kastam Selangor, yang ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur.

Mangsa sebelum itu telah dibebaskan dengan ikat jamin. Pengarah Penyiasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, dilaporkan berkata pegawai Kastam berkenaan ke pejabat suruhanjaya itu untuk menemui pegawai penyiasat. 

Katanya, pegawai penyiasat meminta pegawai Kastam berkenaan menunggu sementara pergi mengambil fail kes. Bagaimanapun, katanya, apabila kembali semula pegawai penyiasat berkenaan mendapati pegawai Kastam terbabit sudah tiada.

Seperti biasa, PAS yang memandang dan menilai semua perkara atau kejadian yang berlaku dalam negara dari sudut politik, dengan tidak bertangguh terus mengambil kesempatan untuk mempolitikkan kejadian tersebut. Niat mereka tidak lain dan tidak bukan adalah semata-mata untuk memburuk-burukkan kerajaan.

Pemuda PAS Selangor melalui Timbalan Ketuanya, Zaidy Abdul Talib seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily meminta semua pihak (yang sebenarnya ditujukan kepada rakyat) agar jangan membuat andaian awal bahawa pegawai kanan Kastam tersebut kononnya mati kerana membunuh diri dan seumpamanya.

Begitu juga halnya dengan Mahfuz@Mr. Bean. Beliau berkata PAS akan memperjuangkan keadilan terhadap kematian Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed, 56, hingga punca kematian tersebut didedahkan. Tambah Mr Bean lagi, satu siasatan komprehensif yang telus perlu dilakukan bagi mengenalpasti punca kematian Allahyarham.

Begitulah perangai juak-juak PAS dari semenjak dahulu. Apa sahaja yang berlaku, terutamanya yang pada fikiran mereka boleh membawa keuntungan politik akan mereka politikkan habis-habisan. Apa risiko dan kesannya mereka tidak peduli. Mereka akan mencipta dan mereka-reka pelbagai cerita dengan tujuan untuk meniupkan api kebencian rakyat kepada kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO.

Mereka akan bersuka ria dan bertepuk tangan jika usaha mereka untuk memburuk-burukkan kerajaan itu membuahkan hasil. Itulah kepuasan dan nikmat berpolitik yang tak terhingga pada mereka.

Kalau juak-juak PAS ini betul-betul ikhlas dan prihatin dengan kejadian-kejadian sebegitu, pasti mereka tidak akan hanya memilih hanya pada kes-kes tertentu sahaja untuk disuara dan diperjuangkan...yang kononnya atas nama keadilan.

Mengapa pula mereka hanya senyap dan langsung tak berbunyi apabila seorang kanak-kanak yatim ketiadaan ibu yang hanya berusia 7 tahun dibelasah oleh seorang ustaz dalam keadaan terikat sehingga koma dan akhirnya meninggal dunia di Sekolah Rendah Islam Al-Furqan di Jejawi, Perlis sebelum itu?

Mengapa kes tersebut tak mereka perbesar-besarkan? Mengapa juga juak-juak PAS ini langsung  tidak meminta pihak polis menjalankan satu siasatan yang benar-benar komprehensif dan telus berkaitan kes tersebut?

Tahukah rakan-rakan pembaca sekalian bahawa sekolah tersebut milik PAS dan juga dipengerusikan oleh seorang YB PAS? Tahukah juga rakan-rakan pembaca sekalian bahawa juak-juak PAS tanpa rasa bersalah malah bangkit membela pembunuh kanak-kanak yatim malang tersebut? Kata mereka, ustaz tersebut adalah seorang yang baik. Hampas sungguh perangai puak-puak lebai hijau ni.



Baik apa namanya kalau sampai sanggup membunuh seorang anak yatim berusia 7 tahun yang tidak mampu melakukan apa-apa dan tidak berdaya untuk mempertahankan dirinya dari diperlakukan sedemikian rupa?

Jadi rakan-rakan pembaca sekalian nilailah sendiri samada niat Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor dan Naib Presiden PAS tersebut ikhlas atau tidak. Tepuk dada tanya selera.



No comments: