Friday, April 8, 2011

Blogger 'Lengkong' Pembohong Besar.

Sebelum itu HHL nak terangkan serba sedikit dulu apa itu 'lengkong'. Ditempat lain HHL tak berapa pasti, tapi di Hulu Langat lengkong adalah nama lain bagi agar-agar, sejenis pemanis mulut. Rupanya lebih kurang macam cincau yang selalu ada dalam ais kacang. Bezanya cincau agak kenyal sedikit berbanding lengkong. 


Kebiasaanya lengkong ini bewarna merah. tapi ada jugak yang dibuat dengan warna hijau, oren dan sebagainya. Budak-budak memang suka makan lengkong kerana warnanya yang menarik. Sifatnya lembik...kunyah sikit terus dah boleh ditelan.

Berbalik semula pada kisah blogger lengkong puaka yang kuat membohong ni, dia dikatakan telah membuat fitnah dengan mengatakan bahawa jam tangan Omega Anwar yang kini didakwa berada dalam simpanan polis sebenarnya adalah milik Tun Mahathir. Klik disini

Maka tersebarlah cerita tersebut dikalangan pencacai tegar Pakatan Haramjadah. Tanpa mahu berfikir sedikitpun, terus para pencacai percaya bulat-bulat dengan fitnah yang direka-reka oleh si blogger lengkong. Kononnya Tun Mahathir dan UMNO bersubahat dalam kemunculan video seks tersebut.

Aduhai! Mengapalah fitnah-fitnah bodoh sebegini pun puak-puak pencacai PR boleh percaya bulat-bulat? Takkan mereka tak ada sedikitpun kemampuan untuk menilai dan memikirkan samada sesuatu berita tersebut munasabah atau pun tidak....palsu atau pun tidak.


Segala cerita dan berita, walaupun terang-terangan palsu dan kesahihannya amat-amatlah diragui...asalkan nampak ianya membela pemimpin kesayangan mereka, akan mereka terima tanpa dakwa dakwi. Itulah mentaliti penyokong-penyokong Pakatan Haramjadah. 

Mereka amat mudah diperbodoh-bodohkan dan dikelentong...hinggakan si blogger lengkong yang mempunyai krisis identiti pun mampu melakukannya dengan mudah. Apatah lagi kalau ianya dilakukan oleh  Anwar Ibrahim yang memang pintar berhujah.....tentulah 100 kali lebih mudah.



No comments: