Monday, April 18, 2011

KeadilanDaily Penipu Besar!




Siang tadi, mungkin dengan tujuan untuk mengeliru dan menipu orang ramai terutamanya penyokong mereka sendiri, keadilandaily.com telah menyiarkan satu berita palsu yang menyatakan kononnya pihak polis telah membuat pengesahan bahawa lelaki dalam video seks bukan Anwar Ibrahim.

Bila menyedari bahawa mereka telah menipu dan membuat kenyataan palsu yang membabitkan agensi berita Bernama dan pihak polis yang mana ianya boleh memberi implikasi undang-undang kepada Parti Kencing Rakyat, maka cepat-cepat mereka memadam berita tersebut.

Itulah akibatnya bila suka sangat menipu, semua benda dan perkara nak ditipunya. Berikut adalah berita bohong yang disiarkan oleh keadilandaily.com sebelum mereka menggelupur memadamkannya :-

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan bahawa lelaki di dalam video bukan Datuk’ Seri Anwar Ibrahim seperti yang didakwa oleh BN dan media milik mereka.

Bernama melaporkan kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani yang berkata bahawa siasatan mengenai video seks itu telah siap dan siasatan kini menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.
“Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah).

“Terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan susulan terhadap kes ini dan sekiranya ada mana-mana perkara yang perlu disiasat semula (atas arahan Peguam Negara), kita akan siasatlah,” kata Acryl seperti yang dipetik Bernama.
Pengedar dan pemilik video lucah itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Dengan kenyataan ini, polis dengan sendirinya mengesahkan bahawa pelakon dalam video tersebut bukan Anwar.
Source: KeadilanDaily

Ayat berwarna merah diatas adalah tokok tambah yang mereka buat mereka pada laporan Bernama dan kenyataan asal pihak polis.

Selama ni bukan main lagi juak-juak PKR ni menuduh Utusan Malaysia sebagai pembawa dan pelapor berita palsu. Mereka tuduh akhbar tersebut sebagai penipu dan sebagainya...tapi rupa-rupanya mereka sendiri yang haprak dan penipu besar.

Berita yang tak ada pun sanggup mereka ada-adakan demi kepentingan politik PKR yang kini dah semakin hilang pengaruh dan lebih teruk, sudah mula tidak dipercayai oleh ahli sendiri.


  

No comments: