Sunday, April 24, 2011

Isu Video Seks: PAS Ketakutan Bila Kena 'Warning' Dengan Azmin Ali.



Baru-baru ini, dalam satu sidang media di ibupejabat PAS, Mustafa Ali ada membuat kenyataan bahawa PAS akan mengkaji semula kedudukan mereka didalam pakatan rakyat sekiranya jika hasil siasatan pihak polis mengesahkan bahawa Anwar Ibrahim memang benar-benar terlibat dalam video seks yang didedahkan oleh trio 'Datuk T' tidak lama dulu.

Bagaimanapun, semalam, Setiausaha Agung PAS itu secara tiba-tiba telah membuat penafian yang dia ada membuat kenyataan berkenaan. Beliau kemudiannya terus menuduh akhbar Utusan Malaysia dengan niat jahat telah memutar belit kenyataannya.

Juak-juak PAS pun apalagi...seperti biasa, tanpa bertangguh dan usul periksa terus melompat bangun memaki hamun serta menuduh Utusan Malaysia sebagai akhbar pemutar belit, lidah syaitan dan bermacam-macam lagi kata-kata kesat.

Akhirnya, apa sebenarnya yang berlaku telah terdedah dan juak-juak PAS akhirnya malu sendiri. Yang berputar dan berbelit-belit macam ular sebenarnya adalah Mustafa Ali. Beliau tidak mengaku membuat kenyataan itu akibat ketakutan dan menggelabah setelah mendapat tahu Azmin Ali mengamuk sakan apabila mengetahui apa yang telah keluar dari mulutnya dalam sidang media tersebut.

Tidak cukup dengan itu, Azmin turut menuntut penjelasan segera daripada Mustafa.

Bagi menyelamatkan keadaan dan meredakan kemarahan Timbalan Presiden PKR tersebut, maka cepat-cepatlah beliau menuduh Utusan Malaysia memutar belit kenyataanya. Beliau dengan niat kotor mahu menjadikan Utusan Malaysia sebagai kambing hitam.

Namun beliau sendiri yang akhirnya terperangkap kerana selain Utusan Malaysia, akhbar-akhbar yang lain juga turut melaporkan perkara yang sama. 

Malah Malaysiakini dan The Malaysian Insider yang selalunya menjadi 'kitab' rujukan juak-juak Pakatan Haprak turut melaporkan apa yang beliau cuba nafikan. Adakah kedua-dua portal yang diketahui suka menghentam kerajaan dan pro kepada Pakatan Rakyat tersebut juga telah berpakat dengan Utusan Malaysia untuk memutar belit kenyataan Mustafa Ali?

Nampak sangat PAS cukup takut kepada PKR. Itu baru Azmin Ali yang mengamuk...dan PAS sudah lintang pukang ketakutan. Cuba bayangkan kalau Lim Kit Siang atau Karpal Singh pula yang mengamuk, rasanya bukan setakat Mustafa Ali sahaja yang menggigil ketakutan...silap-silap Hadi Awang dan Nik Aziz sendiri boleh terkucil dalam seluar.

Inikah parti yang nak diharapkan untuk memartabat dan membela agama Islam jika ditakdirkan Pakatan Haprak memerintah negara ini? Kirim salam saja lah!



No comments: