Wednesday, April 6, 2011

Tunjuk Perut Boleh, Tapi Tunjuk Jam Tak Boleh

Ketika mula-mula kecoh pasal video seks yang dikatakan dirinya adalah si aktor lelaki, Anwar tanpa bertangguh terus tergesa-gesa mengadakan sidang media di ibu pejabat PKR di Tropicana. Anwar menafikan bahawa imej lelaki tersebut adalah dirinya walaupun rupa dan bentuk badannya betul-betul seiras dengan dirinya sendiri.

Alasan bodoh yang diberi Anwar untuk menafikannya ialah perut lelaki gersang didalam video tersebut adalah lebih buncit@boroi daripada perutnya yang sebenar.

Maka pencacai dari PKR dan PAS yang ingin membodek Anwar pun berebut-rebutlah membuat penafian dengan mengatakan memang benar bahawa lelaki gersang didalam video tersebut bukan pemimpin agung kesayangan mereka....walaupun pada masa itu mereka sendiri belum melihat video tersebut. Aneh bukan?

Dalam rakaman dibawah, pada minit ke 4.19, dengan aksi seorang loyar buruk Anwar tanpa diminta oleh para wartawan berdiri dan menunjukkan perutnya bagi membuktikan perutnya tidak sebuncit lelaki didalam video seks tersebut. 

Aksi beliau tersebut disambut dengan gelak ketawa oleh pencacai-pencacai yang ada disekelingnya.

Alahai Anwar! Janganlah sampai begitu sekali nak memperbodohkan rakyat. Memang la tak nampak buncit sebab masa berdiri tu kamu kempiskan perut kamu.





Dua hari yang lalu, mukaddimah berdurasi hampir 2 minit video panas tersebut telah dimuat naik di Youtube. Maka berebut-rebutlah orang ramai menontonnya bagi mencari kepastian samada benar lelaki Anwar Ibrahim atau pun tidak.

Semenjak itu juga Anwar hanya senyap dan tidak tampil membuat sebarang kenyataan. 

Mungkin atas arahan Anwar sendiri, hanya semalam barulah Datin Seri Wan Azizah tampil membuat kenyataan. Dalam sidang media yang dibuat dikediaman mereka, Wan Azizah dengan wajah yang murung, gugup dan agak tertekan tetap menafikan lelaki didalam video tersebut adalah suaminya.

Bukan wajah Wan Azizah sahaja yang nampak tertekan, malah wajah-wajah pemimpin PKR yang turut serta dalam sidang media tersebut juga menzahirkan riak yang sama.

Malah pada satu ketika Wan Azizah tiba-tiba naik minyak apabila ada wartawan meminta beliau menunjukkan jam tangan jenama Omega milik Anwar Ibrahim yang sebelum ini dikatakan ada dalam simpanan mereka. Mengapa perlu marah-marah? Tunjukkan saja jam tangan tersebut kalau ianya benar-benar ada didalam simpanan...habis cerita.

Kalau Anwar Ibrahim sampai sanggup berdiri untuk tunjukkan perutnya, mengapa nak menunjukkan jam tangan tersebut terlalu keberatan dan hingga menyebabkan Wan Azizah sampai nak marah-marah?

Bagi mereka-mereka yang mahu berfikir, bukankah ada sesuatu yang boleh diragukan disitu? Para pembaca sekalian nilailah sendiri samada Anwar Ibrahim dipihak yang benar atau pun tidak. Yang pasti bangkai gajah takkan boleh ditutup dengan sebanyak mana nyiru pun. Lambat laun busuknya akan tersebar jugak.






No comments: