Monday, April 18, 2011

Sesiapa Yang Tak Undi PAS Adalah Sahabat Iblis



PRN Sarawak dah pun selesai. Pakatan Haprak yang sebelum ni cakap berdegar-degar kononnya bakal menang besar akhirnya kempunan untuk merampas negeri berkenaan dari BN. Hasrat tersebut tak kesampaian apabila majoriti calon-calon mereka ditolak mentah-mentah oleh rakyat Sarawak.

Tapi macam biasalah...rumah dah siap, pahat masih juga tak berhenti berbunyi. Juak-juak Pakatan Haprak terutamanya lebai-lebai hijau cap bulan masih tak berpuas hati dan pakat kecoh-kecoh kerana tak dapat menerima hakikat kelima-lima calon parti mereka dah bungkus. 

Macam biasa, mereka buat fitnah kononnya BN menang kerana gunakan taktik kotor dan menipu. SPR pula mereka tuduh berat sebelah.

Tak cukup dengan itu, kerana sakit hati punya pasal mereka pandai-pandai pula buat fatwa kononnya sesiapa yang tak mengundi PAS tempohari adalah golongan tak beriman dan sahabat iblis. Alasan mereka mudah, hanya iblis sahaja yang akan memusuhi Islam. 

Mana-mana pengundi atas pagar dan tak berparti yang mengundi BN pula mereka cop sebagai munafik. Orang munafik tak ada pendirian kata mereka.

Lihatlah betapa mudahnya mereka menjatuhkan hukum. Kerana apa mereka begitu mudah menjatuhkan hukum itu dan ini? Jawapannya mudah, ini kerana lebai-lebai hijau karat dah menganggap Islam itu adalah PAS dan PAS itu adalah parti Allah. Pada mereka seseorang itu boleh dipertikaikan keislamannya jika tidak memangkah PAS dalam mana-mana pilihanraya.

Bercakap pasal agama bukan main pandai lagi juak-juak PAS ini. Cukup dengan segala ayat Al-Quran dan hadisnya, tapi mereka sendiri tak dapat menerima qada dan qadar yang dah ditentukan oleh Allah SWT. Pada pengundi-pengundi beragama Islam diluar sana, jauhi lah PAS kerana jelas parti yang kononnya memperjuangkan Islam itu sudah semakin merapu dan tak tentu arah.

Kerana inginkan kuasa politik, agama mereka lelong secukup-cukupnya Mudah-mudahan PAS yang selama ini menjadi punca perpecahan umat Islam dan Melayu di negara ini akan terus melingkup.



No comments: