Thursday, April 14, 2011

Juak-Juak PAS Memang Haprak



Pemimpin kencing berlari, pengikutnya pulak kencing sambil menari. Itulah perangai haprak dan busuk juak-juak PAS. Dari hari kesehari., akhlak dan perangai mereka ini makin buruk. Inilah hasil dan kesan didikan pemimpin-pemimpin mereka. 

Mereka merasakan hanya juak-juak PAS yang serba sempurna. 

Orang lain yang tidak bersetuju dan tidak bersama-sama dengan mereka dihina secukup-cukupnya. Mereka beri gelaran jahil,munafiq, fasiq dan entah apa-apa lagi tuduhan yang mereka lemparkan.

Gambar diatas dirakam ketika Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengimamkan solat maghrib di Masjid Darul Na'aim di Petra Jaya, Sarawak. 

Gambar tersebut dijadikan oleh juak-juak PAS sebagai modal untuk menghina Tan Sri Muhyiddin secukup-cukupnya. Contohnya klik sini.

Mereka kata Tan Sri Muhyiddin tak layak menjadi imam kerana apa yang beliau lakukan itu hanyalah dengan tujuan untuk mengaburi mata rakyat. Ada yang mempersoalkan samada beliau sudah mandi junub atau belum. 

Malah yang lebih teruk lagi, ada yang membuat andaian bahawa solat tersebut tidak sah. Betul-betul jahat perangai juak-juak PAS ni! 

Pada juak-juak PAS yang jumud ini, hanya pemimpin mereka yang layak menjadi imam. Hanya solat yang diimamkan oleh pemimpin mereka yang sah dan akan diterima Allah SWT. Kalau orang itu pemimpin, ahli atau penyokong UMNO...maka tidak layaklah dia menjadi imam. 

Jadi tidak mustahil jika masih ada juak-juak PAS yang sehingga kini menganggap sembelihan orang UMNO tidak boleh dimakan dan pernikahan yang dijalankan oleh orang UMNO juga tidak sah walaupun Hadi Awang pernah mengatakan bahawa ahli-ahli PAS yang sebegitu sudah tiada lagi dalam parti tersebut. Sini.

Penyokong-penyokong PAS ini memang haprak. Kepada pengundi-pengundi di Sarawak, hindarkanlah diri anda daripada mengundi calon-calon daripada parti khawarij ini.



No comments: