Tuesday, April 5, 2011

Isu Video Seks: Pakatan Haram Tidak Mahu Terlibat Jika Suruhanjaya Siasatan DiRaja Ditubuhkan.


Pada kebiasaannya, jika ada sesuatu isu yang melibatkan pemimpin atau ahli Pakatan Haram, cepat-cepat juak-juak mereka akan kata itu fitnah dan satu bentuk penganiayaan. Dan dengan tidak menyempat-nyempat jugak mereka akan meminta ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan DiRaja untuk menyiasatnya.

Pada 20 September 1998, mata Anwar Ibrahim lebam akibat dicederakan semasa didalam tahanan polis. Mereka minta perkara tersebut disiasat oleh Suruhanjaya Siasatan DiRaja. Hasil siasatan mendapati Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor didapati bersalah.

Anwar Ibrahim sendiri pernah meminta agar kes kes kematian Kugan yang dikatakan terlibat dengan kes curi kereta disiasat oleh Suruhanjaya Siasatan DiRaja...kononnya kerana Kugan bukan mati disebabkan oleh masalah paru-paru, tapi mati kerana didera oleh pihak polis.

Begitu juga dengan kes allahyarham Aminurrasyid dan Teoh Beng Hock, juak-juak Pakatan Haram menjerit-jerit dan terpekik terlolong meminta Suruhanjaya Siasatan DiRaja menyiasatnya. Alasan mereka hanya sisatan Suruhanjaya DiRaja yang boleh dipercayai kerana ianya telus dan adil.

Tapi berlainan dengan kes video aksi seks yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim. Juak-juak Pakatan Haram sedikit pun tak berbunyi apatah lagi menyalak melolong meminta agar ianya disiasat oleh Suruhanjaya Siasatan DiRaja.

Malah Karpal Singh dalam Buletin Utama TV3 (5hb April 2011) sendiri dengan tegas menyatakan bahawa Pakatan Haram sesekali tidak akan terlibat jika kes video tersebut disiasat oleh Suruhanjaya Siasatan DiRaja.

Pelik? Tak payah nak pelik. Itu kerana Pakatan Haram tak mahu siapa lelaki yang melakukan aksi seks didalam video tersebut didedahkan secara rasmi melalui sebuah badan siasatan yang mereka sendiri dah iktiraf sebagai telus dan bebas. Walaupun satu Malaysia dah tahu yang mamat tu adalah Anwar Ibrahim.



No comments: