Thursday, April 7, 2011

Apa Dah Jadi Dengan Pintu Masuk Ke Negara Kita?

Gara-gara penangan video lucah yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim, hampir seminggu blog ini menjadi seperti blog lucah. Blog yang lain, baik yang pro BN atau pun pro PR rasanya macam tu jugak. Jika benar lelaki yang gila nak mengawan dalam video tersebut adalah Anwar, bermakna beliau telah berjaya menjadikan rakyat negara ini yang sudah akil baligh memikirkan perkara-perkara lucah yang boleh mendatangkan dosa selama seminggu.

Cuma Nik Aziz yang menongkah arus dan amat pelik sekali cara pemikirannya. Dalam orang ramai dok sibuk-sibuk bercerita pasal aksi didalam video tersebut, beliau pula sibuk mengaitkannya dengan jamban dan persetubuhan suami isteri. Baca disini

Memandangkan tekak HHL dah mula rasa mual dan hampir nak termuntah menulis kisah hanyir dan lucah tersebut, hari ini biarlah kita melihat isu yang lain pulak.


Akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan kejayaan pihak polis menumpaskan sindiket dadah Iran di Kuala Lumpur. 71.4 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM17.9 juta dan wang tunai berjumlah RM7.1 juta serta pelbagai mata wang asing berjaya dirampas. Nilai keseluruhan rampasan adalah sebanyak RM25 juta. Perghhhhh! banyak tu!

Tak habis-habis berita tentang sindiket pengedaran dah Iran ini dilaporkan oleh akhbar. Boleh dikatakan setiap bulan ada sahaja serbuan, tangkapan dan rampasan yang dibuat. Jumlahnya pulak bukan kecik-kecik anak. Semuanya bernilai jutaan ringgit

Itu yang kantoi, yang tak kantoi entah berapa banyak pulak lagi stok dadah yang ada pada mereka kita tak tahu.

Dengan rampasan dadah dan wang tunai yang sebegitu besar jumlahnya, rasanya sindiket tersebut bukan baru seminggu dua beroperasi dinegara ini. Sudah berlaku proses jual beli dengan jumlah yang besar antara sindiket dan pengedar. Begitu juga diantara pengedar dan pengguna@penagih yang majoritinya adalah golongan muda.

Bayangkan berapa ramai warganegara terutamanya golongan anak muda yang rosak dan jahanam akibat sindiket dadah ini?

Rasanya ada sesuatu yang tak kena dipintu masuk kenegara kita ini. Jika tidak masakan kerap sangat berlaku perkara-perkara seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia tersebut. Pihak-pihak yang berkenaan perlu memantau agensi-agensi yang terlibat menjaga pintu masuk kenegara kita ini dengan lebih agresif lagi.

Jika perlu ketatkanlah sedikit proses atau prosuder kemasukan warga asing kenegara ini. Kalau warga asing yang masuk tersebut berkualiti dan boleh memberi keuntungan dan kebaikan kepada negara tak apa jugak. Malangnya banyak yang masuk tersebut adalah dari kategori hampas yang tak berguna satu sen pun.

Walaupun bukan semua, tapi warga dari Afrika dengan sindiket Blak Money, dadah dan penipuannya. Warga dari Amerika Selatan pulak dengan sindiket pecah rumah dan samun 'pintarnya'. Warga dari China kebanyakannya jadi pelacur dan GRO. 

Warga Mynmar dan Vietnam pulak dengan kes bunuh dan tetak sana sininya. Warga Filipina dengan sindiket penyeluk sakunya. Warga India pula dikatakan ramai yang terlibat dengan gangsterisme. Warga Indonesia tak payah cerita lah....macam-macam ada. Itu belum dicampur dengan warga Pakistan, Afghanistan, Nepal dan macam-macam negara lagi 

Yang kurang bermasalah mungkin warga Bangladesh. Mereka sekadar menjual cinta dan hati yang penuh bunga kepada gadis-gadis tempatan.

Jangan sampai Malaysia ni menjadi tong sampah tempat bermacam-macam jenis manusia dari luar yang tak berguna dilonggokkan. Kesan buruknya balik kepada rakyat sendiri jugak.



No comments: