Thursday, April 21, 2011

ISU Video Seks: Pakar Korea Selatan Sahkan Lelaki Dalam Video Sepadan Dengan Anwar



Video Seks :’Sepadan Dengan Anwar Ibrahim’ – Agensi penyiaran Korea Selatan

KUALA LUMPUR: Sebuah agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan yang menganalisis rakaman video seks seorang lelaki didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan wanita dipercayai warga asing, mendapati pelaku dalam rakaman itu sepadan dengan Ketua Pembangkang berkenaan berdasarkan perincian saiz tubuh beliau dalam rekod polis.

Keputusan analisis visual dan teknikal video berkenaan diperoleh oleh pasukan penyiasat khas yang diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani pada 10 April lalu selepas menghantar sampel rakaman berkenaan kepada agensi itu pada 4 April.

Difahamkan antara kaedah yang digunakan bagi membantu siasatan dan pengecaman individu dalam rakaman itu ialah melalui sistem biometrik (mesin imbasan diri berkomputer)

Sumber memberitahu Berita Harian, keputusan analisis dikeluarkan 9 April lalu dan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara dalam masa terdekat.

Selain itu, polis juga sudah mengenal pasti lokasi rakaman berkenaan, iaitu di sebuah kondominium di pinggir ibu negara, selain menyiasat wanita warga asing dalam rakaman video itu, di percayai penuntut sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), di sini.

“Polis hanya menjalankan siasatan bagi mengenal pasti keshahihan sama ada lelaki dalam rakaman itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim atau bukan”, katanya semalam.

Katanya, siasatan polis tidak terlalu memfokuskan pada isu jam tangan Omega, dipercayai milik Anwar yang ditemui dalam bilik video berkenaan dirakam, tetapi setakat ini ia dikesan dibeli di Taiwan pada tahun 2004.

“Isu jam itu tidak begitu penting. Namun berdasarkan pemeriksaan dengan wakil pengedar di Taiwan, ia hanya mula merekodkan identiti pemilik pada 2008. Justeru, jika ia dibeli pada 2004, amat sukar untuk polis mengenal pasti pemiliknya, kecuali pemilik sendiri secara sukarela mendaftarkan jam itu,” katanya.

Mengenai lokasi rakaman, sumber itu berkata, siasatan kini hampir selesai selepas polis menjalankan pemeriksaan di kondominium berkenaan, termasuk soal siasat terhadap 40 individu sebelum menyerahkan keputusan siasatan awal kepada Pejabat Peguam Negara.

Selain itu, polis akan memberikan tumpuan awal penyiasatan terhadap ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Shuib Lazim yang dipercayai turut berada dalam rakaman itu.

Mereka mungkin juga menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana menayangkan rakaman video lucah.

Pada 23 Mac lalu, mereka bersama bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, membuat pengakuan merekalah ‘Datuk T’ yang bertanggungjawab menayangkan rakaman video berkenaan kepada media.

Polis mungkin akan memanggil Anwar sekali lagi bagi memberi keterangan selepas kali pertama beliau diarahkan berbuat demikian ketika membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, pada 22 Mac lalu.

Perkembangan terbaru mengenai keputusan itu dijangka diumumkan Polis Bukit Aman dalam masa terdekat selepas hasil siasatan kes diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.

Berita Harian, 21 April 2011

Nampaknya kini Anwar Ibrahim semakin tersepit dan terhimpit. Sudahlah jam Omega yang dicanang kononnya masih ada dalam simpanan sampai sekarang masih tak mampu nak tunjuk, tiba-tiba muncul pulak masalah lain. 

Mungkin ketika ini Anwar sedang ligat memutar otak untuk memikirkan apa pula alasan yang boleh beliau beri bagi melepaskan tengkuknya yang semakin terjerut.

Tak mustahil kalau lepas ni Anwar akan bagi alasan saiz punai lelaki dalam video berkenaan lebih besar dari saiz punainya yang sebenar. Atau Anwar mungkin beri alasan cara dan aksi lelaki dalam video berkenaan mengawan tidak sama dengan cara beliau mengawan dan ianya dengan pantas akan disahkan oleh Chegubard yang amat arif tentang bagaimana gaya dan cara Anwar menutuh perempuan. Klik disini

Pada para wartawan, sekiranya selepas ini Anwar memanggil anda kesidang media beliau dan ditakdirkan ketika itu alasan diatas digunakan, harap tidak meminta Anwar menunjukkan punainya sebagai bukti. Tidak seperti jam Omega...punai beliau memang 100% benar-benar ada pada beliau. Dikhuatiri dalam keadaan terdesak Anwar akan menunjukkannya kepada anda...kah kah kah kah kah!

Untungnya Anwar kerana juak-juak Pakatan Haprak akan percaya dan menerima apa saja alasan yang beliau beri kerana rata-rata mereka memiliki kebodohan yang bertingkat-tingkat dan bingai yang berlapis-lapis selain mempunyai sikap tidak mahu berfikir langsung.

Nik Aziz juga pada ketika ini mungkin sedang berusaha memikirkan apa-apa alasan yang dirasakan mampu membela Anwar dan pada masa yang sama mengelirukan orang ramai. Kalau dahulu Nik Aziz mengaitkannya dengan gangguan syaitan ketika dijamban dan persetubuhan suami isteri. Mungkin kali ini sebuah reban ayam dan keadaan Pantai Cahaya Bulan pula dikaitkan. Klik disini

Kita lihat apa pula bunga silat mereka kali ini.



No comments: