Wednesday, April 20, 2011

Raja Petra Kamarudin Sudah Murtad?



Ada desas-desus yang tersebar mengatakan Raja Petra Kamarudin (RPK) telah meninggalkan agama Islam atau murtad. 

Betul atau tidak penulis blog kontroversi yang lari meninggalkan negara ini kerana menjadi buruan polis itu memang benar-benar sudah murtad atau tidak...wallahu 'alam. Horas! tidak dapat mengesahkannya.

Tapi Horas! percaya desas-desus tersebut muncul kerana nama RPK terdapat dalam senarai mereka-mereka yang telah meninggalkan Islam seperti yang terdapat di laman wikiislam.net. Klik disini. 

Mungkin juga nama yang terdapat didalam wikiislam tersebut adalah milik orang lain yang kebetulan pula memiliki nama yang sama dengan beliau. Kita tidak boleh menafikan kemungkinan itu.

Tapi jika dilihat dan diteliti maklumat yang terdapat dilaman web tersebut, nampak seolah-olah benar nama Raja Petra Kamarudin itu adalah milik penulis blog berkenaan. 

Ada sesiapa boleh sahkan?



3 comments:

Unknown said...

Kalau di lihat dari penerangan yang di beri oleh RPK tentang kenapa dia meninggalkan Islam ia lebih menunjukkan kapada cara hidup bebas yang beliau perlukan iaitu berfoya foya, minum dan banyak yang lain tu. Mungkin beliau selesa untuk hidup di luar negara kerana sebab sebab itu.

Anonymous said...

Perasankah kita bahawa beliau adalah sepupu DYM Sultan Selangor. Zaman dulu sultan dan kerabatnya disanjung dan dimuliakan oleh rakyat. Sejak bila UMNO tak menghormati istitusi kesultanan dan kerabatnya.

Anonymous said...

Di perak & selangor...siapa yg menghina sultan? Masa tu umno yg bangkit mempertahankan sultan.