Tuesday, April 12, 2011

Gerakan Untuk Menyingkirkan Hadi Awang Sudah Bermula



Horas pernah menulis tentang adanya perancangan puak erdogan dalam PAS untuk menjatuh dan menyingkirkan Hadi Awang daripada kerusi presiden. Disini.

Bagi puak-puak erdogan ini, kepimpinan ulama' yang diamalkan PAS ketika ini hanya menyebabkan PAS masih ditakuk lama dan jauh ketinggalan berbanding DAP dan PKR. Bagi menuju kearah PAS baru, kuasa ulama' didalam PAS perlu diminimumkan dan diganti dengan profesional-profesional yang ada didalam PAS.

Bagi mereka, untuk menarik lebih banyak sokongan daripada rakyat, golongan profesional yang lebih layak menerajui parti tersebut. Golongan profesional juga lah pada mereka yang akan mampu menjadikan PAS berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan DAP dan PKR yang menjadi rakan sekutu mereka selama ini.

Berbalik pada kisah usaha untuk menjatuhkan Hadi Awang tadi, nampaknya gerakan kearah itu telah pun mula dibuat. PAS Kawasan Bukit Bintang dalam mesyuarat agungnya Jumaat lalu telah mencalonkan exco kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa untuk bertanding jawatan presiden PAS dalam muktamar Jun akan datang. 

Nasharuddin Mat Isa pula akan ditentang Mohamad Sabu yang dicalonkan sebagai timbalan presiden. Bagi jawatan naib presiden pula, kawasan tersebut sebulat suara mencalonkan untuk mengekalkan penyandangnya, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.

Untuk satu lagi kerusi naib presiden pula, PAS Kawasan Bukit Bintang mencalonkan Mohamad Nizar Jamaluddin.

Jika Husam mendapat satu lagi pencalonan daripada mana-mana PAS kawasan, bermakna beliau akan layak untuk bertanding menentang Hadi Awang pada muktamar PAS nanti. Sama-sama kita tunggu PAS kawasan mana pula yang akan memberikan pencalonan kepada Husam, Mat Sabu dan Mohamad Nizar.



No comments: