Thursday, April 28, 2011

PKR Jual Nama Datuk Harun Din Untuk Memfitnah



Ibarat anjing yang sudah biasa makan tahi, maka tahi jugalah yang akan dicarinya. Begitu juga kalau sudah biasa dan ketagih menipu maka akan menipu sajalah kerjanya. 

Samalah halnya dengan akhbar mingguan PKR, Suara Keadilan, kalau tak menipu memang tak sah. Apa kesan penipuan itu, mereka tidak peduli. Yang penting nafsu untuk menipu dan berbohong kepada rakyat mesti dilempiaskan...barulah mereka puas dan jiwa mereka jadi tenang.

Semalam akhbar Suara Keadilan telah menggunakan nama Datuk Haron Din untuk memburuk-burukkan Utusan Malaysia. Kononnya Timbalan Mursyidul Am PAS tersebut mengatakan haram hukumnya membaca akhbar Utusan Malaysia.

Juak-juak Pakatan Haprak pun apa lagi, dapat tahu sahaja berkenaan apa yang ditulis oleh Suara Keadilan, terus bersorak riang gembira sambil menyumpah seranah dan memaki hamun Utusan Malaysia tanpa sebarang usul periksa.

Tapi riang gembira juak-juak Pakatan Haprak sekejap sahaja kerana tidak lama selepas itu Datuk Haron Din menjelaskan bahawa ada pihak-pihak tertentu telah memutar belit kenyataan beliau. Beliau tidak pernah sama sekali mengatakan bahawa haram hukumnya membaca akhbar Utusan Malaysia.

Kata Datuk Harun Din, beliau hanya diminta mengulas mengulas perkara-perkara yang kini tersebar didalam media massa, dan sepanjang memberi ulasan dia sama sekali tidak pernah menyebut seperti apa yang dilaporkan oleh suarakeadilan tersebut. Malah Datuk Haron Din juga mengatakan bahawa beliau sendiri pun membaca Utusan Malaysia.

Nampaknya Suara Keadilan telah dilanda penyakit suka menipu yang serius dan amat kronik. Ada saja ruang dan peluang untuk menipu...mereka akan menipu. Dan lebih teruk lagi, mereka libatkan dan jual pula nama individu atau pihak lain dengan fitnah mereka.

Tidak lama dulu Keadilandaily.com membuat fitnah dengan mengatakan pihak polis telah mengesahkan bahawa lelaki dalam video seks yang didedahkan oleh trio 'Datuk T' bukan Anwar Ibrahim. Tapi apabila mereka tahu kenyataan itu boleh memberikan implikasi undang-undang, makacepat-cepat mereka padamkannya.

Nampaknya Parti Kencing Rakyat ini tak pernah serik. Kini nama Datuk Haron Din pula mereka jual dan gunakan. Sebenarnya yang patut dijatuhkan hukum haram dibaca adalah portal Keadilandaily dan akhbar mingguan Suara Keadilan sendiri. 

Elok dikuburkan sahaja kedua-dua penyebar berita penipu dan pemfitnah milik Parti Kencing Rakyat tersebut.






No comments: