Monday, October 10, 2011

Juak PAS Jadikan Gambar Ini Modal Untuk Mencerca DS Najib.



Juak-juak PAS selalu mengaku kononnya mereka adalah pejuang Islam sejati. Mereka juga selalu mengaku bahawa mereka sentiasa mencontohi akhlak dan peribadi Rasulullah SAW. 

Benarkah apa yang mereka katakan itu?

Kalau ditanya pada Horas!, Horas! akan jawab jauh panggang dari api. Itu sebenarnya hanya perasaan mereka sahaja. Atau lebih tepat lagi mereka sebenarnya perasan.

Pejuang Islam sejati apa ke namanya kalau mulut kuat memaki hamun, menyumpah seranah dan merendah-rendah serta menghina orang lain? Mencontohi akhlak Rusulullahkah kalau berperangai macam beruk kena belacan dan langsung tidak menghormati kaum wanita yang lemah? Lihat disini.

Tapi kalau mereka kata perangai mereka sebijik sama macam KHAWARIJ, ya! itu Horas! setuju 100%. Memang tanda-tanda KHAWARIJ itu ada dan amat ketara dalam diri kebanyakan juak-juak PAS. Kalau rakan-rakan pembaca sekalian mahu tahu apa itu KHAWARIJ dan apa ciri-cirinya, boleh klik disini.

Berbalik pada tajuk diatas, dulu puak-puak PAS ini pernah menghina dan mencerca TS Muhyiddin Yassin hanya kerana Timbalan Perdana Menteri itu mengimamkan solat maghrib di Masjid Darul Na'aim di Petra Jaya, Sarawak. Pada mereka TS Muhyiddin langsung tidak layak menjadi imam. klik disini.

Hari ini mereka hina pula DS Najib hanya kerana gambar diatas. Macam-macam hinaan yang mereka lemparkan, seolah-olah DS Najib seorang yang amat-amat jahil dalam soal agama. 

Mari kita lihat apa komen puak-puak PAS berkaitan gambar diatas yang sempat Horas! ambil dari tranungkite.net yang sedari dulu memang sudah terkenal sebagai sarang mereka membuat fitnah dan memaki hamun sesiapa sahaja yang mereka tidak suka.


Rakan-rakan pembaca sekalian nilaikanlah sendiri sikap juak-juak PAS yang memberi komen diatas. Betapa buruknya perangai mereka. Suka memandang rendah dan memperlekehkan orang lain. Seolah-olah merekalah yang paling sempurna dan hebat dalam soal amal ibadah kepada Allah.

Sekarang mari kita lihat pula gambar dibawah.


Lihat berapa ramai juak-juak PAS yang berkumpul melihat Tok Guru mereka berwudhu'. Berwudhu' pula sengaja ditepi sungai biar orang ramai boleh nampak. 


Lihat pula berapa ramai juak PAS yang berada disekeliling Nik Aziz ketika dia sedang menunaikan solat. Lihat juga berapa ramai yang mengambil gambar beliau.


Dalam gambar yang terakhir ini Horas! tidak pasti samada Nik Aziz tidur atau pengsan. Tapi lihat saja berapa ramai juak PAS yang berkeliling disitu. Ada yang siap tepuk-tepukkan paha Nik Aziz lagi.

Bila melihat gambar diatas, kalau mahu, boleh saja kita mengatakan Nik Aziz ini seorang yang riak dan suka menunjuk-nunjuk. Suka gambarnya dirakam ketika mengambil wudhu', bangga gambarnya diambil ketika solat...malah ketika tidur/pengsan pun dia mahu gambarnya dirakamkan.

Tapi seperti biasa juak-juak PAS akan katakan ketiga-tiga gambar diatas menggambarkan sifat Nik Aziz yang warak, soleh lagi zuhud.

Begitulah perangai juak PAS. Kalau tentang pemimpin mereka...mereka akan puji melangit dan katakan yang baik-baik sahaja. Tapi kalau tentang pemimpin yang menjadi seteru mereka...akan mereka kutuk dan hina habis-habisan.

Itu yang dikatakan sikap pejuang Islam yang mencontohi akhlak dan peribadi Rasulullah? Jangan perasanlah. Bak kata Horas! tadi, jauh panggang dari api.



9 comments:

Anonymous said...

Bilakah Nik Aziz akan mengatur satu sessi fotografi Nik Aziz bersolat dan berdoa sambil menangis di dalam hutan atau gua?
Heheheh

Anonymous said...

Aku pun tak sanggup jadi orang2 kenamaan camni..buat salah tak buat salah ! public figure maklumm laahh....ingat senang ke jadi org besor2...cmni nak masuk tandas nak berak pun sure ramai berebut nak amik gambar wooo ! maklum lah camera digital dah murah kat enset pun ada camera..Dolu2 mana ada..hahahahahaa !! tak pasa lah nak pi cuci filem..laaaa niiii..ce tgkkk !

Dot said...

TUAN HORAS...!

SEBENARNYA apa saja yg pemimpin2 pas serta juak2 mrk hina & caci kpd pemimpin2 BN khususnya umno dulu2 sekarang dah Allah SWT kembalikan kd mrk bahkan lebih teruk lagi, ada yg lebih aib dari yg mrk cerca kd orang lain! ambik contoh mat sabun tu...jijik!

cuma malangnya pencacai2 totok pas ramai yg tak baca suratkhabar arus perdana, menonton tv @ cuba buka minda dgn mendengar pendapat pihak lain. mrk hanya wala' kpd pemimpin2 mrk shj tanpa mahu berfikir secara rasional... cercaan mrk kpd pemimpin2 negara, Insyaallah, akan kembali jua kpd pemimpin2 mrk sendiri...

Anonymous said...

Penyokong pas ni dah dilanda penyakit hati yg kronik.

Anonymous said...

Puak Khawarij memang takkan mengaku saudara apatah lagi memuji orang yang x sehaluan dengan mereka, bahkan mereka sanggup kafirkan orang2 tu, padahal orang2 yg dikafirkan tu pun solat, pergi haji, puasa dan bayar zakat.

Hati-hatilah dengan puak Khawarij ni. Mereka membaca al-Quran tetapi x sampai ke kerongkong mereka, maknanya, baca Quran tp x tau makna, atau makna Quran depa sendiri translate ikut hawa nafsu.

Pada zaman Saidina Ali dulu, puak ni dibunuh kecuali mereka yg bertaubat.

Anonymous said...

macam tu lah beb, orang zuhud siap bolih ampunkan dosa mat sabu dan normah berzina dan bolih juga ampunkan dosa anwar berzina dan meliwat, mana mau cari ulamak seagung ini. dari barat ke timur dan dari utara ke selatan kamu tak akan jumpa. ianya hanya ada di malaysia dan di kelantan.

Mahpus Omak said...

Kalau hanya baca Harakah maka hasilnya hanya nafsu Serakah.

Macam katak bawah tempurung bila terlepas saja terus melompat, apa dah jadi dengan dunia aku ni, kenapa tak gelap macam dulu.

Itulah pengikut-pengikut PAS. Dunia pun gelap Akhirat pun gelap.

Anonymous said...

pernah ada org pas kata kat aku baca harakah pahala dia mcm baca al quran... astahfirullah....

Anonymous said...

kih3....bile ler nk dgr pejuang islam baca khutbah jumaat ek??x sabarnye