Monday, May 23, 2011

Akhirnya Anwar Ada Kelapangan Untuk Lawat Lokasi Tanah Runtuh



Kononya pada pukul 6.45 petang ini, pemimpin keramat lagi suci murni puak Pakatan Haprak akan turun dari kayangan untuk pergi melawat Bilik Gerakan Penyelamat Kerajaan Negeri Selangor di Lembah Azwen Resort di Felcra Sungai Semungkis, Hulu Langat. 

Sultan Selangor, Timbalan Perdana Menteri dan kebanyakan menteri-menteri kabinet sudah pun meluangkan masa melawat lokasi kejadian tanah runtuh yang meragut enam belas nyawa tersebut, tapi Anwar baru sekarang nak terhegeh-hegeh melakukan lawatan.

Apa sangat yang beliau sibukkan sedangkan ketika kejadian menyayat hati tersebut berlaku beliau ada didalam negara. Kalau mahu dibandingkan tentang kesibukan dan kesuntukan masa, kita semua percaya sudah tentu Tan Sri Muhyiddin Yassin berganda-ganda lebih sibuk dari beliau. Namun timbalan perdana menteri berkenaan awal-awal lagi sudah pergi melawat lokasi kejadian.

Perangai Menteri Besar Selangor pun dua kali lima dengan bos besarnya itu. Dia yang ketika kejadian itu berlaku berada US kononnya terpaksa membatalkan segala urusannya di luar sana dan tergesa-gesa balik ke Malaysia. 

Kita ingatkan sebaik sampai menteri besar gagap tersebut akan terus melawat mangsa-mangsa yang terlibat. Rupanya hampeh juga...dia bukannya pergi ke Hulu Langat, tapi menggelupur pergi ke Bukit Antarabangsa menghabiskan masa bersama Azmin Ali. Hari ini, tup tup...ada pula masa dia untuk mengiringi Anwar Ibrahim turun ke Hulu Langat.

Khalid jangan ingat duit bantuan RM1000 yang kerajaan negeri janjikan tu dah memadai dan dia tidak perlu lagi melawat mangsa-mangsa. Dalam keadaan seperti itu rakyat lebih dan amat berharap pada perhatian dan ingatan pemimpin pada mereka. 

Lagi pun apa sangatlah nilai RM1000 tu kalau nak dibandingkan dengan pemberian kerajaan negeri Selangor kepada keluarga Teoh Beng Hock yang jumlahnya RM300,000. Malah si Kugan yang disyaki terlibat dengan sendiket curi kereta tu pun dapat sumbangan RM30,000. 

Nampak sangat, baik pada Anwar mahupun Khalid, kejadian tanah runtuh yang mengorbankan ramai nyawa anak-anak yatim itu tidak memberi apa-apa kesan pada mereka. Mungkin kerana tiada kepentingan politik yang besar disitu.

Tapi Horas! dapat bayangkan, jika mangsa-mangsa yang terlibat dalam tregedi itu bukan Melayu, Anwar dan Khalid lah yang paling awal akan terpacak sampai menawarkan segala bentuk bantuan yang boleh dihulurkan kerajaan Selangor. Yang jumlahnya pasti bukan sedikit.





No comments: