Monday, May 30, 2011

Pemilihan PAS : KP PAS Pusat Luahkan Apa Yang Terbuku Dihatinya Pada Utusan

Dalam akhbar Mingguan Malaysia semalam ada hampir satu muka surat diperuntukkan untuk menyiarkan wawancara bersama Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan. Banyak yang diperkatakan dan disentuh oleh Nasarudin dalam wawancara tersebut, terutamanya tentang muktamar dan pemilihan PAS yang bakal berlangsung pada bulan Jun akan datang.

Blogger RBF turut menyentuh tentang perkara berkenaan dari sudut pandangan dan penilaian beliau sendiri. Baca disini

Kita semua tahu, pemimpin dan penyokong PAS amat memusuhi akhbar Utusan Malaysia. Cukup teruk mereka menghentam dan menghina akhbar berkenaan. Macam-macam gelaran buruk dan hina yang PAS beri, lidah syaitan, utusan meloya, penipu dan entah apa-apa lagi. 

Tidak cukup dengan itu, mereka tuduh pula akhbar Utusan sebagai alat untuk UMNO menyebar dan menyampaikan finah kepada rakyat. Malah Mat Sabu yang mungkin dah lupa bahawa dia pernah ditangkap kerana berkhalwat dengan isteri orang pun dengan muka tak malu menghina dengan mengatakan Utusan dan UMNO ibarat kentut dengan tahi.

PAS jugalah yang menjeri-jerit dan menyalak kehulu kehilir meminta rakyat berdiri bersama-sama mereka memboikot Utusan. Pendek kata, selepas UMNO, akhbar Utusan Malaysia adalah musuh kedua yang perlu dihancurkan sampai lumat.

Jadi apa sebabnya Nasrudin sampai sanggup mengambil risiko bekerjasama dengan akhbar yang paling dibenci oleh partinya sendiri? Mengapa tidak dengan harakah atau akhbar milik PKR? Bukankah itu sesuatu yang aneh dan diluar jangka?

Ini tidak lain dan tidak bukan kerana Ketua Pemuda PAS berkenaan tahu hanya itu peluang terbaik bagi beliau mendedah dan meluahkan rasa kecewa kepada penyokong-penyokongnya berikutan wujud kumpulan pengacau dan juga perebutan jawatan secara besar-besaran dalam pemilihan PAS kali ini. 

Perkara yang didedahkan oleh Nasruddin berkenaan sedaya upaya cuba disembunyikan oleh pemimpin PAS dari pengetahuan ahli bawahan, jadi amat mustahil Harakah sanggup untuk menyiarkannya. Takkan Harakah mahu membuka pekung didada sendiri sedangkan selama ini akhbar milik parti isle itu sentiasa mengambarkan PAS adalah parti yang paling sempurna, bebas dari segala cacat cela dan suci murni. 

Nasruddin juga tahu, walaupun akhbar Utusan dikutuk dan dimaki hamun, tapi masih ramai penyokong-penyokong PAS yang membacanya. Maka diwawancara oleh wartawan Utusan adalah peluang keemasan yang beliau ada jika mahu mendedahkan masalah besar yang melanda parti selain menyampaikan mesej agar ahli-ahli PAS diluar sana berhati-hati. 

Jadi pada ahli-ahli PAS, anda semua harus berterima kasih pada Utusan kerana walaupun teruk dimaki hamun tapi masih mahu memberi peluang kepada Nasruddin Hasan untuk menyampaikan kepada anda semua tentang masalah yang melanda PAS ketika ini. Sedangkan dalam masa yang sama, pemimpin-pemimpin PAS yang lain cuba menyembunyikannya daripada pengetahuan anda semua.

Juga jangan lupa untuk berfikir dan mencari siapa pengacau yang dimaksudkan oleh Nasruddin itu. Tidak mustahil kumpulan pengacau itu adalah mereka-mereka yang telah ditaja untuk merebut jawatan oleh Anwar Ibrahim dengan tujuan untuk mengukuhkan  pengaruh dan kuasanya didalam PAS.

Kalau ianya benar, maka malanglah bagi anda semua kerana setelah bermati-matian menyokong dan mempertahankan Anwar Ibrahim, dia tanpa rasa bersalah sebaliknya cuba merosakkan PAS.

Renung-renungkan dan........selamat beramal!



4 comments:

Anonymous said...

khawarij pas bawahan ni mmg selalu hipokrit. Dalam mengutuk dan memaki hamun tu masih lagi baca utusan malaysia sebenarnya.

Dia tak tau yang bos2 dia siap melanggan utusan malaysia hari lagi.

Generasi Pejuang Bangsa said...

salam perjuangan ...

saya ada add blog sdr dlm blog list saya

Horas! said...

Terima kasih..blog sdra pn dah saya add.

paspispus said...

Nnpaknya nasruddin sendiri dah hilang keyakinan dgn harakah. Dia lg sanggup luahkan apa yg dia bengang pd utusan. Dia tau..klu ditemuramah harakah...apa yg dia ckp pasti kena putar belit.