Blog bigdogdotcom dan marahku baru-baru telah melaporkan satu majlis tertutup pertemuan paderi-paderi dari seluruh negara telah diadakan. Pemimpin DAP, Jeff Oii dikatakan turut terlibat didalam majlis itu, yang pada masa sama turut membincangkan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.
Dalam majlis itu, seramai 35 orang paderi dikatakan telah berdiri dalam bulatan dan saling berpegangan tangan tanda bersetuju dan berikrar untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian. Ini dikatakan adalah diantara usaha DAP untuk meminda undang-undang negara bagi menjadikan mereka yang beragama Kristian sebagai perdana menteri
Isu panas tersebut kemudiannya dilaporkan pula oleh akhbar Utusan Malaysia. Klik disini. Seperti biasa, juak-juak Pakatan Haprak, terutamanya pak-pak lebai hijau karat tanpa bertangguh terus memaki hamun, menyumpah seranah serta menuduh Utusan Malaysia dengan sengaja cuba meniup api kebencian antara agama dinegara ini.
Khuatir dengan risiko kehilangan sokongan umat Islam akibat isu tersebut, Hadi Awang dengan pantas bangkit membuat kenyataan menafikan kebenaran perkara berkenaan. Dengan tujuan untuk membela Pakatan Haprak, terutamanya DAP, beliau memberi jaminan bahawa PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat untuk memperkasa Islam sebagai agama rasmi dinegara ini.
Dalam kenyataannya itu, sempat juga Hadi Awang membuat tohmahan dan menuduh UMNO yang sebenarnya gagal memperkasakan Islam sebagai agama rasmi persekutuan.
Mudah-mudahan umat Islam dinegara ini tidak terpangaruh dan jauh sekali mempercayai jaminan kosong yang diberikan oleh presiden PAS itu. Percayalah, dengan kedudukan PAS yang hanya sekadar menjadi keldai tunggangan kepada DAP, parti 'isle' tersebut tidak akan mampu untuk mempertahankan Islam sebagai agama rasmi dinegara ini.
Buktinya boleh dilihat dengan jelas di Selangor. Bukankah PAS yang dulu berdegar-degar berjanji akan menutup kilang arak di Selangor? Kini janji tersebut telah hilang entah kemana dan kilang arak tersebut masih utuh berdiri. Malah seorang pemimpin PAS dengan bangga pernah pergi 'menziarah' kilang arak tersebut...menawarkan untuk memberi tapak kilang baru yang lebih sesuai dan lebih luas.
Bukan sekadar kilangnya tidak mampu ditutup, bertambah malang lagi PAS juga langsung tidak mampu untuk melakukan apa-apa, dan jauh sekali berani menghalang apabila usaha untuk menjual arak dikawasan majaroti umat Islam dilaksanakan oleh pihak-pihak tertentu.
PAS juga hanya setakat terkebil-kebil mata apabila seorang pemimpin DAP di Selangor membantah keras dan mengamuk sakan dengan cadangan Majlis Perbandaran Subang Jaya untuk mengharamkan umat Islam bekerja dipusat-pusat hiburan yang menyediakan arak. Akhirnya niat murni MPSJ untuk mewartakan undang-undang tersebut terpaksa dibatalkan.
Jangan sesekali juga lupa bahawa PAS turut menyokong perjuangan Herald - The Catholic Weekly menggunakan nama Allah bagi merujuk kepada tuhan mereka dalam majalah kristian itu, selain hanya berdiam diri dengan pendekatan pluralisme yang cuba dibawa oleh Anwar Ibrahim.
Oleh kerana terlampau akur dan takut kepada DAP jugalah PAS melalui setiausaha agungnya, Mustafa Ali mengumumkan bahawa hukum hudud dan negara Islam yang diperjuangkan parti itu bukan agenda utama dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat dan PAS juga tidak akan menjadikannya sebagai perkara pertama jika ia menguasai majoriti dua pertiga di Parlimen.
Jadi jangan haraplah PAS mampu untuk mempertahankan Islam sebagai agama rasmi dinegara ini. Mana mungkin parti yang selama ini sanggup melelong agama untuk mendapat sedikit kuasa politik mampu untuk melakukannya.
No comments:
Post a Comment