Monday, May 23, 2011

DYMM Sultan Selangor Lawat Lokasi Kejadian Tanah Runtuh Di Hulu Langat



Pagi tadi, Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mencemar duli melawat tapak kejadian tanah runtuh yang telah mengorbankan enam belas nyawa di Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Sungai Semungkis, Hulu Langat. Baginda tiba kira-kira jam 10.30 pagi.

Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab telah memberikan taklimat penuh kepada Tuanku Sultan mengenai kejadian menyayat hati yang telah menggemparkan negara itu.

Turut mengiringi baginda ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Khusrin Munawi, Ketua Polis Negeri, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, Exco Kerajaan Negeri Selangor, YB Dato' Hassan Mohamed Ali, Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, YB Datuk Johan Abdul Aziz, ADUN Dusun Tua, YB Ismail Sani serta beberapa orang pemimpin dan pegawai kanan kerajaan Negeri Selangor.

Tuanku Sultan turut menzahirkan rasa sedih dan terharu baginda diatas kejadian berkenaan dan berharap agar keluarga mangsa bersabar dalam menghadapi ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Baginda meluangkan masa lebih sejam dilokasi kejadian sebelum berangkat ke hospital untuk menziarahi mangsa-mangsa yang masih dirawat.



2 comments:

Anonymous said...

YB Dusun Tua Kerja Tak Buat, Makan Tidur je!

YB, ni masalah sampah di Green Acre Park Condo(704 unit kondo).

Alamflora datang 3 kali seminggu, 2pm to 3pm.

Selepas pengambilalihan kerajaan negeri, lori sampah datang seminggu
sekali, sampai sampah melimpah ke luar pondok sampah.

Datang pulak ikut suka hati:-
MAL7159 (9.45pm to 10.40pm)
WUJ376 (1.25pagi to 2.25 pagi)

Bayangkan tengah malam bila orang nak tidur, lori sampah datang.

Bukan saja dia kutip sampah, dia prosess sampah, memampatkan sampah di
pondok sampah selama satu jam.

Akibat proses memampatkan sampah, air busuk bertakung.

Bukan saja bunyi bising kerana enjin lori harus ditekan dengan kuat
untuk proses pemampatan sampah, bau busuk menusuk hidung sampai tak
boleh tidur. Bayangkan YB, tidur di bilik macam tidur di pondok
sampah, makan nasi di rumah macam makan nasi di pondok sampah,
menonton tv di ruang tamu bagaikan menonton di tv di pondok sampah.

Sehari selepas lori WUJ376 datang pada 1.25 pagi, lori MAL7159 pula
datang pada pukul 2.30 petang. Sampah tak sampai 10 bungkus, tapi
verada di pondok sampah selama 15 minit.

Apa dia buat? Proses pemampatan sampah, menekan sampah sampai air
busuk bertakung.

YB, sila ambil tindakan.

Selain kekerapan mengangkut sampah, langkah beikut harus diambil:-

1)Pangangkutan sampah tidak boleh dilakukan pada waktu malam.

2)Lori sampah TIDAK DIBENARKAN menjalankan proses pemampatan sampah.
Enjin lori harus dimatikan untuk memastikan kegiatan proses sampah
tidak dilakukan.

YB, tolong selesaikan masalah ini.

Saya dah mual ni. Kalau tak uruskan lagi, siap saya hantarkan bukti
gambar dan video ke tv3 dan thestar.

Horas! said...

Anon 5:17 mungkin keliru dalam isu sampah ini. Untuk pengetahuan sdra/sdra anon 5:17 YB Ismail Sani (ADUN Kawsan Dusun Tua) tidak mempunyai apa-apa kuasa berkaitan isu sampah ini.

Sepatutnya masalah ini dipanjangkan kepada Ahli Majlis MPKj, Sdra Sani Hamzan atau pun kepada Pengarah JPD Dusun Tua, Sdra Mohamad Jan Sulong. Mereka-mereka ini mempunyai kuasa untuk meminta MPKj menangani masalah yang sdra/sdra anon 5:17 hadapi.

Namun, sdra/sdri anon 5:17 masih boleh mnegadukan perkara ini kepada YB Ismail Sani. Tapi saya percaya tidak banyak yang beliau mampu lakukan selain memanjangkannya masalah yang anon 5:17 hadapi kepada MPKj yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat.