Monday, May 23, 2011

Pakatan Rakyat Punca Malaysia Menduduki Tangga Ke-10 Peminum Arak Paling Ramai Di Dunia



Inilah kejayaan terbesar Pakatan Haprak semenjak mereka menguasai Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan sekejap di Perak. Sikap mereka yang membiarkan arak dijual berleluasa selama ini berjaya menempatkan Malaysia menduduki tangga ke 10 memiliki peminum arak paling tinggi didunia.

Mereka tidak boleh menafikan perkara ini. Lihat sahaja pendekatan yang mereka lakukan dalam hal yang berkaitan arak di Selangor. Bukankah Pakatan Haprak yang membenarkan arak dijual dikawasan majoriti Islam? Horas! pernah menulis mengenai penjualan arak yang semakin berleluasa di Selangor. 

Arak bukan sahaja boleh dibeli dengan mudah dipremis menjual arak yang semakin berlambak, malah boleh dibeli melalui ejen-ejen penjual yang merayap kehulu dan kehilir. Langsung tiada kawalan daripada pihak berkuasa kerajaan negeri. Baca disini .

Khalid Samad @ Khalid Gereja sendiri pernah 'menziarah' sebuah kilang arak di Selangor tidak lama dulu. Beliau datang bukan dengan membawa mangga kunci sebesar kepala lutut untuk menutup kilang arak tersebut seperti yang dilaung-laungkan oleh PAS setiap kali tiba musim pilihanraya, sebaliknya menawarkan kilang berkenaan sebuah tapak baru yang lebih selesa dan luas.

Di bandar Kajang juga kini telah muncul sebuah kedai menjual arak yang baru, yang dikatakan milik peniaga Singapura. Kalau bukan kerana kemudahan tertentu yang disediakan oleh kerajaan negeri Selangor, masakan peniaga dari Singapura sanggup membuka kedai menjual arak di sebuah bandar kecil di dalam daerah Hulu Langat yang majoriti penduduknya Melayu.

Maka semakin mudahlah penduduk sekitar Kajang membeli arak dikawasan mereka. Bukankah itu bakal meningkatkan lagi jumlah peminum arak, baik dikalangan bukan beragama Islam mahupun yang beragama Islam?

Itu di Kajang, rasanya dibandar-bandar kecil yang lain diseluruh Selangor kemunculan premis-premis menjual arak yang baru turut berlaku. Bayangkanlah pula bagaimana keadaanya di Pulau Pinang yang mutlak dikuasai dan dimonopoli  DAP...sudah tentu lebih hancur dan jahanam.

Abaikan PKR dalam hal ini kerana parti tersebut memang tak boleh diharap dan tak berguna satu sen pun. Tetapi PAS selaku parti yang kononnya memperjuangkan Islam harus harus bertanggungjawab dengan ranking yang memalukan Malaysia sebagai sebuah negara yang dikenali sebagai negara Islam.

Sindiran yang dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan melalui ketua penerangannya, Herman Samsudeen seperti yang disiarkan oleh malaysiakini tidak ubah seperti meludah kahak hijau pekat kemuka buruk sendiri. Berikut adalah petikannya:-
Kedudukan Malaysia di tangga kesepuluh dalam penggunaan arak di dunia disifatkan sebagai "kejayaan gelap" pemerintahan BN yang di luar jangkaan rakyat negara ini.  
"Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mengucapkan 'tahniah' kepada kerajaan BN yang berjaya membawa Malaysia ke ranking ke-10 negara konsumer arak yang terbesar di dunia.  

"Kejayaan ini benar-benar diluar jangkaan rakyat kerana Malaysia yang pernah di umumkan sebagai sebuah negara Islam oleh pemimpin Umno berjaya mengalahkan sebahagian besar negara-negara bukan Islam di Eropah dan Benua Amerika," sindir ketua penerangan dewan itu Herman samsudeen.
Sokongan PAS kepada DAP dan PKR yang seterusnya membentuk Pakatan Haprak sebenarnya telah mengundang pelbagai masalah didalam negara, terutamanya kepada umat Melayu. Selama hampir 60 tahun BN yang diterajui oleh UMNO memerintah dan mentadbir Malaysia tidak pernah berlaku perkara-perkara yang memalukan seperti itu.

Pakatan Haprak pula baru 3 tahun lebih menguasai 4 negeri telah berjaya meletakkan Malaysia antara negara yang memiliki peminum arak teringgi didunia. Kalau sekarang dikedudukan nombor 10, tidak mustahil jika ditakdirkan mereka dapat menguasai kerajaan pusat dalam PRU13 nanti, Malaysia akan terus melompat dikedudukan nombor satu pula.

Jadi, Pakatan Haprak, terutamanya juak-juak PAS dan PKR jangan hanya pandai menuding jari kepada UMNO dan BN bila tiba-tiba Malaysia muncul menduduki tangga ke 10 peminum arak paling tinggi di dunia. Bawa-bawalah cermin diri sendiri dulu sebelum jari tu mahu ditudingkan.



No comments: