Wednesday, May 25, 2011

Tanah Runtuh: Umno Jangan Berlagak Hero Kata Ahli Parlimen Hulu Langat



Tragedi menyayat hati yang menimpa pelajar-pelajar di rumah Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia, Al-Taqwa di Batu 14, Sungai Semungkis, Hulu Langat sudah empat hari berlalu. 

UMNO ketika ini sedang mengatur beberapa tidakan untuk membantu rumah anak yatim tersebut. Antaranya termasuklah menawarkan bantuan kewangan untuk pembinaan semula rumah terbabit dikawasan yang lebih sesuai dan selamat seperti yang diumumkan oleh DS Najib ketika melawat lokasi kejadian tanah runtuh itu semalam.

Tapi lain pula ceritanya dengan PAS. Rupa-rupanya tindakan segera dan bersungguh-sungguh untuk membantu mangsa-mangsa seperti yang dilakukan oleh sukarelawan dan jentera UMNO Hulu Langat yang dipimpin sendiri oleh ketua bahagiannya, Datuk Johan Abd Aziz mengundang rasa tidak puas hati Ahli Parlimen Hulu Langat

Seperti yang dilaporkan oleh harakahdaily semalam, YB Che Rosli Che Mat menasihatkan pemimpin UMNO tidak mendabik dada berlagak kononnya mereka 'hero' dan paling awal membantu mangsa tanah runtuh di rumah anak-anak yatim Batu 14 Hulu Langat. Baca selanjutnya disini

Apa masalah Ahli Parlimen PAS ini sebenarnya? 

UMNO Hulu Langat tidak pernah berniat untuk menunjuk-nunjuk atau menjadi hero ketika memberikan bantuan di lokasi kejadian. Apa yang dilakukan oleh sukarelawan UMNO Hulu Langat adalah atas dasar tanggungjawab untuk membantu mereka yang memerlukan dan ditimpa musibah. Salahkah?

Tidak pernah sekalipun UMNO Hulu Langat menyebut-nyebut bahawa sukarelawan merekalah yang paling awal sampai ditempat kejadian dan yang paling banyak memberi bantuan kepada mangsa. Walaupun hakikatnya memang benar unit Komando 101 dibawah seliaan Pemuda Bahagian yang paling cepat tiba memberi bantuan awal. Mungkin ketika YB sampai jam 3.30, YB dapat melihat sebuah mesin pengorek tanah sedang beroperasi disitu dan untuk pengetahuan YB, mesin itu juga dibawa dengan segera oleh sukarelawan UMNO Hulu Langat. Tindakan pantas membawa mesin tersebut alhamdulillah, berjaya menyelamatkan 4 mangsa.

Kalau ingin berbangga dan menepuk dada, banyak benda boleh disebut jika mahu, tapi itu bukan prinsip UMNO Hulu Langat mahupun YB Datuk Johan Aziz. Bantuan yang diberi adalah ikhlas tanpa mengharapkan pujian atau perhatian daripada mana-mana pihak.

Nampaknya YB sendirilah yang mempunyai penyakit hati suka menunjuk-nunjuk dan minta diberi perhatian ketika membantu mangsa-mangsa tragedi malang berkenaan. YB dengan bangga menyatakan kepada harakahdaily bahawa YB sampai ketempat tersebut pada jam 3.30 dan turut membantu mangsa bersama Unit Amal dan Briged Amal PAS.

YB juga dengan bangga menyatakan bahawa petugas PAS yang datang memberi bantuan hampir 250 orang jumlahnya dan kononnya yang paling ramai. Kemudian siap nyatakan disepanjang tempoh menyelamat itu, petugas PAS antara paling menonjol sehingga merekalah juga yang terlibat semasa proses pengkebumian mangsa yang terkorban. Bukakankah itu ingin menunjuk-nunjuk dan mengungkit namanya?

YB juga nampaknya semacam tidak berpuashati kepada pihak polis kerana tidak menyebut penglibatan Unit Amal dan Briged Amal ketika memberi taklimat. Nyatahlah disini yang YB amat berharap dan suka kalau penglibatan Unit Amal dan Briged Amal milik PAS disebut-sebut dan diberikan pujian.

Jadi sekarang rakan-rakan pembaca sekalian nilaikanlah sendiri siapa yang sebenarnya berniat dan ingin menjadi hero selain suka menunjuk-nunjuk...YB Che Rosli atau pemimpin UMNO Hulu Langat.......atau.......atau...... penyumbang dibawah? :)


Kepada YB Ahli Parlimen Hulu Langat, teruskanlah usaha dan niat murni untuk melancarkan tabung bagi membantu mangsa tanah runtuh tu. Mudah-mudahan banyak sumbangan yang akan dapat dikumpulkan nanti. Tapi pastikan ianya benar-benar disalurkan pada mangsa terlibat. Bukan apa, takut jadi macam tabung Memali yang sampai sekarang tak sudah-sudah dipertikaikan dan diungkit orang.



3 comments:

Anonymous said...

xde ikhlas dh dalam perjuangan diorang nih.sumernya topeng semata2.dalam label kt hadiah tu pn dh terang2 tunjuk ketidakikhlasan diorang.Che Rosli,Che Rosli.datang kedek2,unit amal datang awal duduk bwh khemah,pastu masa kat lembah azwen datang wat kacau konon dia laa paling prihatin

Anonymous said...

btol ke ada org pas yg halau ahli umno yg dtg nak bagi bantuan?

klu btol, maknanya org2 pas ni memang teruk. masa dlm keadaan cemas camgitu pun dia org nak brpolitik.

Anonymous said...

Syabas pd UMNO HULU LANGAT yg tlah bertungkus lumus memberi bantuan pd semua mangsa.

Kalo camgitu ler prangai ahli parlimennya,..taubat gua tak mau undi PAS lagi.